IKLAN

Rabu, 1 Jun 2011

SIBUK, SAMPAI BILA?




Seseorang pekerja akan mengulang rutin harian yang sama setiap hari. memulakan hari mereka dengan bekerja seawal 7 pagi dan menghabiskan kerja mereka sehingga lewat 7 petang. Kemudian, pulang ke rumah untuk menonton rancangan televisyen kegemaran, melayari internet, bersama pasangan, mengupdate status laman sosial atau lepak bersama kawan-kawan.  Mereka mencari-cari apakah perkara yang perlu disibukkan apabila ada masa terluang di malam hari, di hujung minggu atau cuti umum.

Itulah kesibukan rutin harian seorang pekerja dan mungkin bagi seorang pelajar. Hidangan hiburan yang dicari bukan lagi menghadiri majlis ilmu agama/halaqah/ usrah , membaca alquran, mencari mad'u untuk dibina, berdakwah, membaca buku-buku perubahan diri atau kesibukan amalan akhirat, namun, kita telah disibukkan dengan hiburan orang-orang barat yang semestinya menjadi hidangan yang paling lazat kala ini.

Inilah yang dikatakan, 

" Apabila kita tidak disibukkan dengan kebaikan, maka kita akan disibukkan dengan keburukan"

Kesibukan MEREKA


Jika dahulu, Rasulullah saw dan sahabat-sahabat disibukkan dengan ibadah, halaqah-halaqah ilmu, dakwah, perang, infaq dan membangunkan ekonomi untuk dijadikan harta dakwah. 


Rasulullah saw sibuk dengan tugasnya menjadi ketua negara, ketua perang, ketua keluarga, berdakwah dan ibadah kepada Allah.


Musa'b sibuk dengan tugasnya berdakwah di Madinah.


Abu Bakar sibuk menjadi sahabat Rasulullah saw yang paling setia.


Abu Hurairah sibuk mengumpul hadith daripada Rasulullah saw dan otaknya adalah gudang pengetahuan.


Khalid al Walid sibuk menjadi panglima perang yang berwibawa.


Siti Khadijah sibuk menguruskan perihal Rasulullah dan menjadi pendokong setia baginda.


'Ibn. Sina dan Al-Razi sibuk dengan hafalan alquran, kajian-kajian tentang perubatan dan penghasilan karya-karya yang masih segar dan menjadi rujukan hingga kini.


mereka sibuk dengan perkara-perkara yang melibatkan kebahagiaan dunia dan akhirat . tapi kita?


Dunia yang menyibukkan

dunia hanyalah tempat bercucuk tanam

Seorang pelajar sering disibukkan dengan assignment, kerja kursus dan nota-nota yang bertimbun.
Seorang ibu sering disibukkan dengan masalah anak-anak, kerja rumah dan suami.
Seorang doktor sering disibukkan dengan melayan karenah pesakit, oncall dan seminar.
Seorang cikgu atau pensyarah sering disibukkan dengan mengajar, melayan karenah anak murid dan kelas tambahan.


Alasan-alasan inilah rupanya menjadikan status mereka sibuk. Padahal, hakikatnya mereka punya masa lapang yang banyak.


Ayuh semak. 


Sesibuk mana pun seseorang mereka masih lagi mampu untuk mengupdate laman Facebook dan duduk berjam-jam di hadapan laptop. Lihatlah statistik yang dilakukan, seramai 10.2 juta dari 28.9 juta rakyat Malaysia mempunyai Facebook dan telah pun disibukkan dengan 'kitab' buatan Mark Zuckerberg ini setiap masa.


Sesibuk mana pun seseorang, mereka masih boleh mengupdate blog dan melompat daripada blog lain ke blog lain setiap hari.


Sesibuk mana pun seseorang, mereka masih mampu mendownload movie/anime dan menontonnya berjam-jam di hadapan laptop.


Sesibuk mana pun seseorang, mereka masih mampu menghabiskan setiap episod drama di televisyen.


Sesibuk mana pun seseorang, mereka masih mampu menghabiskan beberapa keping cdbollywoodhollywood dan korea.


Sesibuk mana pun seseorang, mereka masih mampu membalas  setiap mesej daripada pasangan mereka dan masih ada masa untuk membuat temu janji setiap minggu atau setiap hari.


Akhirat yang diabaikan


Apabila manusia sibuk dengan dunia, akhirat hanya dipandang sebelah mata.


Solat lewat waktu dirasakan biasa.
Alquran hanya dibaca kadang-kadang sahaja .
Qiamullail hanya dilakukan bila ada hajat di dada.
Halaqah atau usrah hanya diguna pakai bila terasa kosong di jiwa dan bila sudah bosan dengan dunia.
Dakwah dikatakan tidak wajib bagi dirinya. jika orang lain sudah buat, maka dia telah terlepas daripada dosa.


Fahaman sonsang inikah yang telah meresap di dalam hati kita?


Apabila diajak kepada amalan yang mendekatkan kepada Allah dan jaminan kebahagiaan kita di akhirat, kita sentiasa mengelak dan menjadikan sibuk sebagai alasan utama.
Namun, masa lapang yang ada digunakan untuk perkara sia-sia seperti Facebook, blog, movie dan games, kita boleh pula mengatakan ia adalah untuk menghilangkan ketegangan setelah penat bekerja atau belajar. Perkara-perkara ini bukanlah semakin menghilangkan ketegangan malah ia hanyalah satu keseronokan yang mampu menjauhkan diri daripada Allah. Padahal untuk menghilangkan ketegangan itu adalah melakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah itu sendiri.


Adakah berani untuk kita mengemukakan alasan ini dihadapan Allah kelak? Malulah kalian dengan masa yang ada dibazirkan dengan aktiviti yang tidak bermanfaat.

adakah kesibukan akan terhenti setelah kita mati?

Penutup: bila ia akan berakhir?


Adakah kesibukan ini akan berakhir setelah kita habis belajar?
Atau setelah kita jadi bos dalam sebuah syarikat?
Atau setelah bersara?
Kita tidak akan dapat rehat walau apapun kondisi kita.


" Sesungguhnya rehat bagi seorang mukmin itu setelah kakinya menginjak ke syurga"


Kerehatan bagi kita bukanlah kematian. Kalau ia adalah kematian, bagaimana di alam barzakh? Kita mungkin sibuk dengan pukulan-pukulan keras daripada malaikat kerana dosa dan noda. Semoga dijauhkan ya Allah.


Semoga kesibukan kita pada hari ini adalah menyumbang pada agama, bukan menjadi penumbang agama. ayuh, fikir-fikirkanlah.


p/s: sibuk dengan dunia adalah  racun kepada kebahagiaan akhirat.


http://akhwatmedic.blogspot.com/2011/05/kesibukan-yang-tidak-akan-berakhir.html

IF U LOVE SOMEONE

"Kadang2 ALLAH sembunyikan matahari,
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya
ALLAH nak hadiahkan kita pelangi"

Alhamdulillah, ALLAH ilhamkan saya untuk menukilkan sedikit perkongsian kali ini dengan mendatangkan seorang sahabat siang tadi dengan satu soalan, "kak, mcmana ye.. Tetibe saya rasa ada minat pada seorang ustaz di sini... Saya dah cuba buang perasaan tu, tp tetap ada.. saya dah cuba basuh perasaan tu dengan zikrullah, namun makin ingat pula.. Entah-entah memang ustaz tu jodoh saya kot kak...........? Ke mcmana?......"

Allah... Jenuh juga saya nak beri jawapan yang terbaik untuk si adik ni, memandangkan bukan calang-calang orang si adik yang bertanya ni.. Manalah tahu, entah-entah nak menguji ILMU saya tentang cinta ni.. Namun, saya cuba jawab dengan setakat ILMU yang saya ada..

Firstly, saya kata padanya.. "Jika jatuh hati pada seseorang, mintalah kepada ALLAH yang mencipta diri kita ni.. Kerana apa? Kerana orang yang kita jatuh hati itu juga adalah makhluk ALLAH.. ALLAH berhak untuk menjadikan makhlukNYA suka atau tidak.... Dan ALLAH juga lebih mengetahui setiap sesuatu itu untuk hambaNYA.."

Harap2 si adik ni fahamlah ape yg saya nak sampaikan..

Namun, dia persoalkan kembali, "....tapi kak, saya dah buat istikharah, & memang nampak ustaz ni dalam doa saya.. Saya rasa macam nak direct jela dengan ustaz tu, takut orang lain sambar dulu nanti...tapi, kawan dulu lah, sebab saya lambat lagi nak habis belajar ni.. Cuma, saya takut dia kahwin dengan orang lain nanti.."

Errkkkk *_*

Allahuakbar, istiqfar panjang saya dalam hati. ... "dik, hebat sangat ke ustaz tu? Sehinggakan perlu nak direct tanpa berfikir panjang ni?.........."

"EH, boleh la kak, dah lah baik, suka senyum pula tu, pandai, pakai kopiah 24 jam & mcm2 lah lagi kak. Tapi kak, jangan risau, saya bukan nak suka main2, saya serius ni.. Mungkin dia boleh membimbing saya untuk jadi yang lebih terbaik lagi...."

OHHH.. saya pegang bahunya, " Dik, jatuh cinta perkara biasa kerana kita semua ada perasaan. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang itu. Macam adik cakap tadilah, ustaz tu suka senyum, pandai.. Apatah lagi, jika kita jatuh cinta di atas jalan dakwah ini.. Tapi dik, kita kena ingat, kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Hurm, bercouple mungkin.. Tapi bukan berkahwin.. Kerana apa? Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, yakni jodoh yang ALLAH dah tetapkan sejak azali lagi.. Dan kalau adik nak tahu, tak mustahil orang yang paling kita benci tulah jodoh kita nanti......"

Si adik itu terdiam, membisu sepi.. Seolahnya sedih..

[Maafkan diri ni mungkin tak dapat memberi satu jawapan positif untuk dirimu, Namun percayalah, atas rasa kasih sayang, aku kongsi semua ini dengan dirimu..Kita adalah mawar-mawar acuan Islam, Indahnya wanita ini jika dipelihara sebaik mungkin]

"Adik okey? Hurm........" "Kalau mcmtu kak, ALLAH tu tak Maha Adil la. Tak kan lah nak kahwin dengan orang yang kita benci.. Kalau betul nak pelihara keharmonian rumah tangga, bagi jela kita kahwin dengan orang yang kita suka..........."

Wahh, marah sungguh si comel ini.. Agaknya, memang minat sungguh kot pada si lelaki tu..

"Adik silap, ALLAH itu Maha Adil.. Dah cukup adil sangat.. DIA tidak pernah menzalimi hamba-hambaNYA.. Sebenarnya, yang selalu menzalimi hambaNYA adalah diri hamba itu sendiri.. Kerana apa? Kerana, hamba itu degil.. Dia nak sesuatu yang bukan haknya, yang bukan milik dia.. Dik, mencintai seseorang itu tidak semestinya memilik..."

"Okey lah, jawapan akak tu betull.. Tapi kak, saya dah buat istikharah, & nampak wajah ustaz tu setiap kali dalam doa saya... Baik saya tak payah buat istikharah, baik tunggu kat rumah je, ada orang masuk meminang, haa terime je..!!"

Alahai, comeinya dia marah hanya kerana isu istikharah (^_^) Hurm budak ni lah....

"....yeee betul.. Bagus adik selesaikan masalah ni dengan istikharah.. Namun, andai belum tiba jodohmu, teruskan lah berdoa.. Tak salah jika jatuh hati pada seseorang, kerana kita insan biasa, punya hati & perasaan.. Usaha adik skrg ni, berdoa dan teruskan berdoa.. Berdoa setiap waktu solat, supaya ALLAH takdirkan jodoh adik dengan dia.. Percayalah, dengan doa juga, takdir kita mampu berubah.. Dik, walau siapapun jodoh yang ALLAH hantarkan untuk diri kita, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.. Mungkin kita benci dengan kelemahan dia, yelah, manalah tahu nanti adik akan dapat jodoh dengan orang yang senyuman tak manis, kurang pandai ke, jarang pakai kopiah ke.. Hurm, adik kena ingat, dalam diri setiap insan ni telah ALLAH ciptakan dengan kekurangan dan kelebihan masing-masing.. dan mungkin pada diri adik ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia lebih bermakna dan mungkin diri adik sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Haaa, dan lagi satu, mungkin juga si lelaki ni ada sesuatu kelebihan yang adik sangat-sangat perlukan yang satu dunia pun tak mampu nak beri pada adik........Kan?"

Dia termenung panjang, lalu, menitik setitik demi setitik air di pipinya.. Terus memeluk aku, "Kak.....sy percaya dengan setiap apa yang akak katakan.. Saya tahu aturan ALLAH itu yang terbaik.. Tapi kak, saya rasa sedih sangat...............kalau ustaz tu dengan orang lain nantii.. Saya tak pernah ada rasa seperti ini pada mana-mana lelaki sebelum ni....Dia cinta pandang pertama saya kak..!"

Fuhhh! cinta pandang pertama rupanya.. (^_^) Alahai, saya memahami apa yang si adik ini rasa.. Akhirnya, saya sekadar mampu memberi pendapat yang terakhir..

"Dik, dalam Islam ada taa'ruf yang ada sempadan.. Islam mengajar kita supaya serasi dengan kehendak Tuhan, bukan dengan kehendak pasangan.. Teruskanlah beristikharah, teruskanlah berdoa.. Andai ia memang jodoh yang terbaik untukmu, percayalah, ALLAH pasti permudahkan urusanmu.."

Katakan TIDAK pada cinta yang bukan HALAL

Dia mengangguk sambil tersenyum, walaupun senyumannya agak hambar, namun saya mengharap dia mengerti setiap apa yang saya cuba sampaikan.. Sebelum berpisah, saya berikan satu doa padanya, untuk diamalkan pada setiap waktu solat...

Ya ALLAH,
Aku suka orang ini..
Kalaulah dia ini betul2 pilihan yang tepat untu aku
dunia & akhirat
Pertemukanlah jodoh kami
Jadikanlah dia suami ku
Namun
Andai bukan yang terbaik untukku
Maka Ya ALLAH
Elakkanlah
AMEEN

http://tarianpenaaz-zukruf.blogspot.com/2011/05/if-u-love-someone_24.html

Isnin, 23 Mei 2011

HIDAYAH ALLAH PADA SEORANG HAMBA (SHAM KAMIKAZE)


SETELAH MENDENGAR PENGAKUAN DARI INSAN INI (POPULAR DENGAN PANGGILAN SHAM KAMIKAZE), SAYA JUGA TERASA SANGAT INSAF.ALLAH MAHA PENDENGAR DOA HAMBA- HAMBANYA.CUMA HARGA YANG PERLU KITA BAYAR IALAH KESABARAN DAN KEYAKINAN SEMENTARA MENANTI DOA KITA DI MAKBULKAN OLEH ALLAH.

BERTUAHNYA SHAM KERANA DIA TELAH BERUSAHA MENCARI KEBENARAN DALAM DIRINYA SENDIRI DAN DIA BERTEMU DENGAN CAHAYA YANG DICARINYA ITU.HAL INI ADALAH CONTOH YANG TERBAIK YANG WAJAR SAYA DAN KITA SEMUA IKUTI

HIDAYAH ALLAH ADA DIMANA-MANA.DI LANGIT,DI DARAT, DI AIR. DI UTARA MAHUPUN DI SELATAN......... IA DATANG DARI BERBAGAI ARAH YANG BERBEZA

BENAR KATA SHAM... HATI MANUSIA SENTIASA BERBOLAK-BALIK BAGI SAYA IA SAMA SEPERTI TANAH IA AKAN KERING ANDAINYA KITA TIDAK MEMPRAKTIKKAN RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN SECARA BERTERUSAN.TUGAS KITA IALAH SENTIASA MENYIRAM HATI KITA DENGAN IBADAH , ZIKIR DAN MELEMBUTKANNYA DENGAN MEMBACA AL QURAN


HIDAYAH ALLAH ADALAH UNTUK SEMUA UMAT TAK KIRA ISLAM, FASIKH ATAU KAFIR...JOM KITA SAMA2 CARI.MUDAH-MUDAHAN KITA KETEMU SEBELUM MENUTUP MATA DAN PERGI MENGADAPNYA DENGAN CAHAYA KEIMANAN

MUDAH MUDAHAN CERITA INI AKAN MEMBERI PANDUAN KEPADA SEMUA DALAM MENCARI NUR KASIH HANYA KEPADA ALLAH... TUAN BESAR KITA ... WALLAHUALAM

IKLAN 3