IKLAN

Khamis, 12 Januari 2012

Letak Video dalam Blog

Assalamualaikum wbt

Jom cari ilmu skit hari ni... kalau yang dah tahu bolehlah refresh saja ya... yang tak tahu pulak anda bolehlah mencuba *^

Kawan2, gini caranya

  • Mula2 pegi la ke alamat youtube
  • Seterusnya carilah mana2 video yang bersesuaian dengan entry kalian
  • dah jumpa? bagus2.. seterusnya cari perkataan ni share
Besarkan sendiri ^_^  ya
 Kalau dah jumpa tu ... klik ye kawan2 kat perkataan share.Bila korang klik ye keluarlah perkataan ni...
 

Nampak? korang klik perkataan embed.... sudah? seterusnya korang akan nampak ini


Tudia la code yang di perlukan... so hambik code tu tampal lah pada blog anda....camana nak tampal? eleh copy paste ja.... wokay kita teruskan Masa nak tampal code, korang kena buat ni


Buat apa?ahah~ klik lah dulu dekat perkataan edit HTML

  • Seterusnya korang terai test dengan keberkesanan tutorial ini... camana? ha klik la pratonton kalau keluar macam ni


Maka anda berjaya... tahniah2... kalau dah berjaya sila maklumkan kalau gagal pun bagitau jugak ya.. nanti bolehlah sama2 cari solution.... apapun terima kasih kerana sudi mengikuti tutorial tebu manis.. sampai ketemu lagi...
Sekian wasalam

Selasa, 10 Januari 2012

Menarik di Tebu Manis 1

Assalamualaikum wbt

hari ni saya nak buat himpunan beberapa perkara yang saya baca ~ yang agak menarik... so tunggu apa lagi....zoommmm jom


Perbezaan Orang Jepun dan Malaysia hanya SIKIT
Orang Jepun Sikit Makan - Orang Malaysia Sikit-sikit Makan
Orang Jepun sikit cuti - Orang Malaysia sikit-sikit cuti
Orang Jepun sikit MC - Orang Malaysia sikit-sikit MC
Orang Jepun sikit tidur - Orang Malaysia sikit-sikit tidur
Sikit je kan ? Perbezaannya....
 
Kita main sikit malam ni..

1) abik 3 nombor terakhir nombor telefon anda
contoh: 013 4567896 ..amek "896" je..

... 2) buat mcm ni --> @*[896:0]

3) buang tanda *

4) try kat bhagian komen kat bawah ni. Tgk kluar nama apa....
pstttt: sila tulis bahagian komen...kalau nak lagi mudah lagi terai buat dalam FB compom menjadi.... cuba tau"^^



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz


Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.


Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah


Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !


Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.

~Renung-renungkan dan selamat beramal~

Sebarkan pada MUSLIM yang lain jika kita sayangkan Sahabat Islam kita :)


So itu saja: harap'pan saya agar ia beri manafaat disamping menambahkan pengetahuan ... 
Sekian Wasalam ^^"




Ahad, 8 Januari 2012

Doa sebelum tidur

Assalamualaikum wbt.

jom baca doa




Ya Allah ya Tuhanku, jika tidurku ini tidur yang penghabisan, maka ampunilah segala dosaku, maafkanlah segala kesalahanku dan redhalah pada diriku.

Berilah keampunan dan keredhaan kepada insan-insan yang berada di sekelilingku. Engkau Yang Maha Mengetahui betapa sayangnya aku kepada mereka meskipun tidak selaluku tunjukkan perasaan itu kepada mereka.

Jika mereka berbuat salah kepadaku, aku sudah sedia untuk memaafkan mereka. Berilah mereka dan diriku ini HidayahMu yang tidak ternilai untuk menjalani kehidupan ini sebagai hambaMu yang hina lagi jahil ini ya ALLAH...."

Amin Ya Rabbal 'alamin...
Sekian wasalam

IKLAN 3