IKLAN

Selasa, 24 September 2013

Realiti Guru yang orang tak tahu

Assalamualaikum

Alhamdulillah, reti pun saya melawat "rumah maya" saya. Itupun dengan izin Allah. Ilham yang baik pastinya datang dari ALLAH. kebiasaannya saya spechless and writeless hehe -- (betul kah writeless tu?--hantam sajalah ... )

Eh,eh, membebel pulak aye ^_^
K,k , ohkeyyyy..... btw isu yang saya nak discuss rini agak serius... yer... sangat serius
Of cos related to my profesion, cikgu--.Agak2 apa first impresion kawan2 semua bila baca "my headline"

Culas? mengelat?menyalahkan pihak lain?
Ini sekadar sebuah rasa seorang manusia yang bekerja sbg guru.Apa yang saya nak ketengahkan disini adalah fakta dan apa yang saya lalui setiap hari hampir 13 tahun berada dalam " kasut pendidik"
tekanan pada guru



"Cikgu yang dulu, cikgu yang sekarang"
Cikgu yang dulu bukanlah yang sekarang,
Dulu disayang sekarang cikgu ditendang,
Dulu dulu dulu cikgu bahagia,
Sekarang cikgu menderita,

Cita cita cikgu menjadi orang berjasa,
Dulu cikgu susah sekarang alhamdulillah,
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa,
Memberi jalan untuk cikgu semuanya,

Hidup cikgu dulunya seorang pengajar,
Sekarang lebih kepada kuli dan kerani,
Tetapi demi mengejar cita cita paling mulia,
Membantu mendidik anak bangsa,

Sekolah dulu cikgu duduk sekejap saja,
Sekarang terpaksa sampai ke malam,
Tetapi, cikgu tak berputus asa,
Pasti Yang Kuasa memberi jalannya..

Mungkin lagu tersebut boleh menerangkan maksud hati saya--
Pun begitu percayalah semua , saya sayang tugas ini
Saya cinta anak2 didik saya--


Semoga suatu hari nanti tugas guru diberikan secara berfokus dan tugasannya kena dengan kehendak semua pihak dan pada masa yang sama tidak terlalu membebankan

psst: dah sarapan?

Wasalam

Isnin, 23 September 2013

PBS Sains tahun 2 - Bayang-bayang

Assalamualaikum semua


Again saya mengulangi perangai dulu2
apa itu ?-- ^_^
lambat update blog
Selalu rindu dengan blog, tapi asik mengabaikan kesayangan ai ni

Oklah duhai blog--
untuk tidak memalaskan diri--
saya nak update mengenai PBS atau long termnya Penilaian Berasaskan sekolah

Hari ni 23/9/2013--
Saya menjalankan kajian lapangan bersama-sama murid tahun 2 Abu Bakar
kami semua memerlukan matahari yang terang menyinar
kenapa?
sebab nak lihat bagaimana bayang2 terbentuk

kanak2 tahun 2 for sure curious carrying out this investigation
sengih2 semua--
penuh dengan kreativiti -- (konon)
ohkeyyyy--
lets start--




bayang-bayang
Aktiviti murid



Aktiviti murid



Aktiviti murid


Aktiviti murid


Aktiviti murid
See--
how creative they are 
semuanya beri kerjasama--dok diam2 in row dan buat hal masing2
phewww cikgu pula sangat happy
sbb merasakan 
spontaneous lesson plan was meet the objective

oklah kengkawan/sahabat blog

Wasalam

Isnin, 2 September 2013

Seorang Buta Berjalan Menuju Masjid dengan Seutas Tali

Assalamualaikum wbt

Hai, kawan2 sumua.... iam happy today even though iam not feeling well 

:(
Monday should be a meaningful day kan
woke --
ada something ni--
jom tontoni ,baca dan fikir sama2 ya


video ini menunjukkan seorang buta yang berusaha untuk menghadiri solat berjema’ah di masjid. Terdengar sayup-sayup panggilan azan. untuk memudahkannya berjalan, sheikh ini memasang sebuah tali yang menghubungkan rumahnya dengan masjid.Melihat video ini mungkin mengingatkan kita tentang sahabat bernama Abdullah bin Ummi Maktum ra yang datang menghadap Rasulullah Saw untuk meminta rukhshoh (keringanan) untuk diizinkan tidak menunaikan solat secara berjama’ah di masjid.
Beliau datang dan melaporkan keadaannya yang buta dan tidak ada orang yang memimpinnya untuk solat berjama’ah di masjid. Selain itu, jarak rumahnya dengan masjid cukup jauh.


Mendengar alasan tersebut, Rasulullah Saw pun mengizinkannya. Namun kemudian ketika Ummi Maktum berpaling, Rasulullah Saw memanggilnya kembali seraya berkata, “Apakah engkau mendengar panggilan untuk solat (azan)?” Ia menjawab, “Ya,” Maka Rasulullah Saw bersabda, “Kalau begitu penuhilah!” ~HR. Muslim


Saudaraku, pernahkah kita membayangkan menjadi seorang yang buta? Tentu susah. Jangankan untuk berjalan jauh, untuk melakukan suatu aktiviti sudah terbatas. Ada ketakutan yang menjalar lantaran diselimuti kegelapan. Semua arah menjadi sama saja, membingungkan. Semua warna dan cahaya sirna, hilang sudah kenikmatan keindahan yang selama ini kita tangkap melalui mata. Cantik atau buruk sama saja. Tampan atau buruk tak ada bezanya.


jadi, kalau seorang buta saja begitu semangat memenuhi panggilan Allah untuk solat fadhu berjama’ah di masjid, kenapa kita yang sihat ini begitu berat dan malas? Astaghfirullah…
Ingatlah, solat fardhu di masjid itu WAJIB bagi laki-laki! Sementara perempuan lebih afdhal solat di rumah. Jadi, hanya laki-laki yang ‘solehah’ (hilang kejantanannya) yang solat di rumah.


IKLAN 3