IKLAN

Khamis, 4 Disember 2014

Kebolehan COCA COLA selain daripada penghilang dahaga

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 Assalamualaikum wbt



COCA COLA adalah jenama global bernilai 217 billion. JENAMA DUNIA ini bergantung kepada permintaan orang ramai untuk meningkatkan jualannya.




sweety baby

Ini bermakna ............punyalaaaaaa ramai peminat COCA COLA di dunia. Operasinya di Malaysia sudah menjangkau 70 tahun ++++ dan pernah bergabung tenaga dengan F&N suatu ketika dulu.COCA COLA memiliki 300 rakan pembotol diseluruh dunia 4 tahun dulu (UTUSAN MALAYSIA)


Saya nak share dengan pembaca fakta tentang cola cola. Tapi tak sure kesahihannya. Apapun baca dulu dan nilai... Lepas tu amik keputusan ..terutama bagi peminum tegar coca cola

Antara yang perlu dicuba di rumah--------
no way

  1. Boleh menghakis tulang -- erkkkk-- rasanyani bukan kegunaan tapi DISASTER kot \(-_-)?
  2. Boleh digunakan untuk cuci tandas ("_)
  3. Bantu bersihkan kesan karat (^_^)
  4. Hilang hakisan pada bateri kereta (._-)
  5. Longgar skru yg berkarat (,_,)
  6. Hilang kesan minyak/lekit pada pakaian(*_*)
  7. Rujuk blog ni


Saya akan cuba eksperimenkan semua kegunaan coca cola seperti yg tertera diatas
So tunggu update saya

Sekian
#tebumanis78

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Rabu, 22 Oktober 2014

Sentuh Anjing



Sungguh panas tentang program sentuh anjing yang diadakan baru-baru ini
Suka saya berkongsi youtube UAI yang menjawab hukum sentuh ajing dengan sengaja secara demi menunjukkan rasa sayang kita pada makhluk tersebut


 isu sentuh anjing dengan sengaja


 Ini pendapat saya yang jahil--
Islam ajar dak kita sayang haiwan? - yes ajar
Jadi bolehlah peluk anjing dan babi untuk menunjukkan kasih sayang kita pada mereka? - tak boleh tanpa sebab
Tanpa sebab?- Ya.. Kalau kita lihat anjing terbaring cedera ditengah jalan perlukan bantuan kita perlu hulurkan bantuan... tapi kalau sengaja nak peluk cium...... tunjuk yang kita sayang mereka macam kita peluk kucing.....tak  Boleh!!!!!!
Mana awak tahu? - Saya rujuk kepada sahabat-sahabat sayang yang TAHU dan Guru-guru saya
Wallahua'lam

Pesan Saya--
Kita hendaklah sentiasa merujuk kepada para Da'i kita apabila timbul isu baru--
islam melarang kita bercakap tanpa ilmu yang sahih

Semoga Allah Memberkati dan menunjukkan Jalan yang benar buat Kita semua

Ingat Apabila akhir zaman,
ISLAM AKAN MENJADI ASING KEPADA KITA SEMUA

Biarkan tiada orang yang mengikut kita apabila kita berdakwah -- Asalkan kita tidak mengikut mereka dan kekal taat kepada ALLAH-- Nauzubillahi minzalik

#tebumanis78




SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Khamis, 10 Julai 2014

Cara bertadarus AL QURAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Hari ini dah masuk day 12th kita berpuasa--
Tentu semua orang mengerjakan ibadah dengan bersungguh sungguh
lagipun belum keluar hari raya--
mood raya pun tak terasa langsung--

sepanjang Ramadhan ini , anda semua bertadarus Al Quran tak?
rugi tersangat kalau tak buat--

tahu tak apa itu tadarus AL QURAN?


Tadarus Al-Qur’an, pada asasnya bermaksud membaca Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan.

Tadarus ALQURAN adalah amalan RASULULLAH SAW sepanjang bulan RAMADHAN. Baginda Rasulullah bertadarus dengan MALAIKAT JIRAIL

ramadhan



Mengikut riwayat Ibnu Abbas r.a.:

“Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan, dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan. Jibril a.s. menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang1”.(Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim2).
1. Maksud ibarat ini ialah mudah dan segera membuat kebajikan.
2. Shahih Al-Bukhari, Darul Ihya’ At-Turath Al-Arabi, Jilid:3, m/s:33.


Saya nak sharekan cara bertadarus sepatutnya kita ikuti

1. Membaca Al-Qur’an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil.

2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf

3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.

4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam.

5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.

Adab Membaca Al-Qur’an:

1. Suci daripada hadas besar dan kecil.

2. Duduk dengan sopan dan mengadap kiblat.

3. Membaca secara tartil.

4. Membaca dengan melihat mashaf ( مصحف ) lebih afdhal.


Kelebihan Tadarus:
Tadarus Al-Qur’an mempunyai banyak kelebihan.
Antaranya, sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

“Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat”.
(Riwayat: Abu Daud).


note:Kalau tak sempat habiskan satu ALQURAN pun tak pa, at least ada improvement pada kualiti bacaan dan tajwid kita. Semoga ALLAh menerima AMALAN kita  ini, Wallahua'lam


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

IKLAN 3