IKLAN

Khamis, 2 Jun 2011

MENJAGA HAK JIRAN

  Diceritakan bahawa Malik Bin Dinar menyewa rumah seorang yahudi.Kemudian orang Yahudi itu memindahkan tandasnya bersebelahan dengan rumah yang disewa olehnya.Dinding pemisah antara kedua-duanya pula sudah reput dan berlubang sehingga menyebabkan air najis dari rumah yahudi itu meresap dan membasahi rumah yang disewa oleh Malik.Begitu juga dengan tempat solat Malik.




  Orang Yahudi itu sengaja melakukan supaya malik merasa terganggu,sedangkan Malik setiap hari membersihkan tempat solatnya tanpa berkata walau sepatahpun perkara tersebut.Orang Yahudi itu merasa hairan akan kesabaran Malik.Pada suatu hari Orang Yahudi itu datang ke rumah Malik dan bertanya, "Apakah yang menjadikan engkau sabar sedemikian rupa dan tabah menghadapi penderitaan ini?" Malik menjawab "Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa malaikat Jibril sentiasa berwasiat kepada baginda tentang hal kejiranan ,sehingga wujud kenyataan bahawa jiran itu juga berhak memperoleh harta warisan."Selepas mendapat jawapan daripada Malik, Orang Yahudi itu pun memeluk Islam

Tiada ulasan:

IKLAN 3