IKLAN

Jumaat, 30 Disember 2011

PERHATIAN KEPADA SEMUA CIKGU DAN CIKGI

Sukacita perkara di atas dan surat Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BPSH-SPDK)201/005/03(06) bertarikh 22 Disember 2011 dirujuk.
 
Sehubungan itu, pohon kerjasama tuan untuk memastikan perkara-perkara berikut diberi perhatian serius pada hari pertama persekolahan iaitu pada 4 Januari 2012.

1. Kehadiran guru di dalam kelas :
Semua guru perlu berada di dalam kelas

2. Kekemasan bilik darjah dan ruang pengajaran / pembelajaran :
Bersih daripada habuk, sampah sarap dan sarang labah-labah.

3. Susun atur kerusi dan meja :
Semua kerusi dan meja telah ditempat dan disusun kemas ke dalam bilik darjah

4. Buku teks :
Semua murid telah dibekalkan dengan buku teks sebelum hari pertama persekolahan

5. Jadual waktu kelas :
Semua kelas telah diperuntukkan Jadual Waktu dan dipaparkan di bilik darjah

6. Pengajaran dan pembelajaran :
Semua kelas mempunyai guru sepanjang masa pada hari pertama persekolahan, dan p&p dilaksanakan seperti jadual kelas

7. Peraturan disiplin sekolah :
Semua murid disediakan dengan peraturan disiplin dan ditaklimatkan mengnai peraturan berkenaan.

8. Kawasan sekolah :
Kawasan berumput dipotong sebelum hari pertama persekolahan, menakala kawasan berparit bebas dari sampah sarap dan tidak berlumut.

9. Tandas
Semua tandas berada dalam keadaan bersih serta berfungsi dan mempunyai bekalan air yang cukup untuk kemudahan pembersihan selepas digunakan oleh murid-murid.

10. Fokus sekolah kepada pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kerjasama tuan dan semua warga pendidikan amat dihargai. Terima kasih.....

1 ulasan:

tunz berkata...

tq for sharing..akan dilaksanakan seperti biasa lah kan...

IKLAN 3