Assalamualaikum wbt
Mekah adalah destinasi tumpuan setiap kali menjelang musim haji.Perkara yang menarik perhatian saya tentang Mekah dan kaabah ialah sejarah awal pembinaanya
Kaabah ialah perkataan Arab bermaksud tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran, selain turut bermakna segi empat berbentuk kiub.
Kaabah di Kota Mekah tidak sahaja
disifatkan sebagai rumah ibadat pertama malah dikatakan binaan pertama
dibina di muka bumi ini, iaitu sejak zaman Nabi Adam a.s lagi.
Mungkin sesuai dengan antara gelaran lain yang diberikan kepada Kaabah, iaitu Baitul Ateeq yang bermakna paling awal atau paling lama (Kaabah juga digelar Baitul Haram yang bermakna Rumah yang dihormati).
Dikatakan Allah telah memerintahkan Nabi Adam supaya mendirikan sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul Makmur di langit.
Itulah keistimewaan Kaabah yang kekal
sehingga ke hari ini apabila mempunyai kedudukan yang selaras dengan
kedudukan Baitul Makmur di langit.
Menurut riwayat Ibnu Abbas,
Rasulullah s.a.w menyebut Kota Mekah dipilih sebagai tempat binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.Baitul Makmur merupakan tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan untuk menghabiskan satu tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari Kiamat.
Sebelum terciptanya Baitul Makmur,
seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar,
bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada
Allah Yang Maha Agung.
Dikatakan ketika Nabi Ibrahim dalam usia
yang lewat, baginda diperintahkan oleh Allah untuk membina Kaabah dengan
bantuan putera baginda Nabi Ismail.
Nabi Ibrahim dan anaknya itu
diperintahkan oleh Allah supaya membina semula Kaabah yang sesetengah
riwayat binaan itu dibina di atas timbunan batu dan tanah liat daripada
bekas binaan Kaabah yang runtuh akibat banjir besar dan taufan yang
melanda di zaman Nabi Nuh as.
Ini disebut dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membina, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau menyekutukan sesuatu pun denganKu dan bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi orang yang tawaf dan orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud.” (Surah al-Hajj: 26-27)
Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim
dikatakan menggunakan batu-batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah.
Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu
- sudut Rukun Al-Hajarul Al-Aswad dan
- Rukun Yamani dan
- satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.
Ketika membina Kaabah itu, Nabi Ibrahim
berkata kepada Ismail: “Bawakan batu yang baik kepadaku untuk aku
letakkan di satu sudut supaya ia menjadi tanda kepada manusia”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan