IKLAN

Jumaat, 9 Ogos 2013

Beraya Menurut Sunnah Nabi saw

Assalamualaikum wbt

Hari ni dah 2 Syawal 1434 Hijrah.Sure semuanya dalam mode happy meraikan aidilfitri bersama keluarga.Berikut adalah panduan menyambut AidilFitri menurut sunnah Rasulullah Saw


1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Imam Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.” 

Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.



2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].



3. Bertakbir pada hari Raya


ucapan ketika menyambut aidilfitri



4. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

pelbagai ucapan yang boleh diberikan .Umpamanya "Taqabballahu minna wa minkum"



5. Berpakaian baru/cantik di hari raya

Daripada Jabir katanya: “Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].



6. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain.

Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]



7. Solat Hari Raya. 

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad/ fardhu kifayah dan fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama semasa. 


8. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya. 

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”] 


9. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya. 

Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah). 




psttt:ada yang puasa sunat tak hari ni?

Selamat lebaran daripada saya Miss Tebu Manis
Sekian

Tiada ulasan:

IKLAN 3