IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Wanita solehah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wanita solehah. Papar semua catatan

Selasa, 23 Julai 2013

Isteri-Isteri Rasulullah saw

 Assalamualaikum wbt

Sekian lama saya tidak mengupdate blog Tebu Manis.Serius sibuk dan kalut dengan tugasan ditempat kerja menghadkan masa saya untuk membelek Blog malah laptop pun tak sempat saya on. By the way hari ni saya terfikir tentang majalah yang saya baca berkisar tentang isteri2 Rasul kita.Ramai yang salah faham kenapa Rasul kita ada banyak isteri.

 Jadi harapan saya agar selepas membaca artikel ini kita akan memahami atas dasar apa Rasulullah mengahwini wanita2 mulia ini.
Mereka hebat iman dan akhlak dizaman mereka dan mungkin dikalangan kita juga tak mampu menandingi keimanan mereka kepada Allah.^_^





1. Siti Khadijah binti Khuwailid.
Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah. 


  2. Saudah binti Zam'ah.
Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.


3. Aisyah binti Abu Bakar.
Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

 

IKLAN 3