IKLAN

Memaparkan catatan dengan label adeh~. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adeh~. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Januari 2012

Selsema ke Selesema?

Assalamualaikum wbt
Seumur ini saya fikir ejaan Selsema adalah benar... Tapi hari ini anak murid dah tegur daaaaa 



"Cikgu, salah ejaan cikgu tu... selesema la cikgu bukan selsema

Toinggggg~ adoiii terasa buah nyoq jatuh atas kepala ini  gedebushhhhh ... salah weiiiii... awat la boleh salah faham tentang perkataan Selesema seumur hidup ini.....
Mak maaf kan ku kerana kejahilan dalam ejaan perkataan selesema |
hehehhe...saja nak ulang taip perkataan ni banyak kali kot2 lepas ni tak buat salah lagi


Lepas tu saya check dalam buku rujukan....termenung jap... kemudian dalam hati saya berkata | ala2 monolog | "ish ish... teruknya aku"


Moralnya:kadang2 ALLAH bagi ilham kepada orang yang lebih muda untuk memperbetulkan kesalahan orang2 dewasa... 

so kawan2 ..jangan marah ek kalau anak2 anda menegur... Itu caranya ALLAH mengingatkan kita bahawa yang tua tak semestinya tak pernah buat silap...ye tak?

Sekian Wasalam






Ahad, 15 Januari 2012

PENGUMUMAN BARU OLEH PM (elaun sara hidup ) PEKELILING 11



Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Januari 2012 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disaranka n kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..
Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am. ... Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-
1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas) dan...
...80 Penutup Botol Coca-Cola... ... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !

Haaaahahaha! !!! Dah baca! Pergi sambung kerja....
kalau pasal DUIT semua mata besar belaka! peace
P/s : tak aci la aku terkena sorang2 kan :) huhu wat bengang je~

IKLAN 3