IKLAN

Memaparkan catatan dengan label kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kucing. Papar semua catatan

Ahad, 24 November 2013

HERO telah pergi selama-lamanya

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Pada 21/11/13
Saya mendapat berita dari FB DUNIA KUCING bahawa HERO  (Abang Iyo) sedang menderita sakit leukimia.Hari ini pula HERO telah pun pulang kepada PENCIPTANYA

Innalillahiwainnalaihirajiun

Kehadiran  Cerita Hidup Hero dalam Media Massa telah banyak mengisi kisah
kehidupan kucing2 terbiar yang lain.Rakyat Malaysia mula membuka mata kepada 
pendera2 kucing di luar sana--

Lebih penting Lelaki yang berhati mulia yang menyelamatkan hero "PAPA HERO" telah membela kehidupan banyak kucing2 terbiar yang lain
Beliau dilihat sangat prihatin dan komited dalam membela nasib2 kucing
terbiar di luar sana

Saya doakan PAPA HERO tabah menghadapi kehilangan HERO
kucing kesayangannya
 
abang iyo
Hero menderita sakit Leukimia


Hari ini Papa Hero diuji dengan pemergian "anak" kesayangannya. Hero. Kuatkan semangat atas kehilangannya dan teruskanla untuk membela nasib kucing-kucing terbiar di luar sana, Papa Hero.

abang iyo
Insan Mulia yang banyak membela kehidupan kucing2 terbiar-- saya kagumi beliau


abang iyo
PELUKAN TERAKHIR PAPA HERO
8 May 2012,
"Kepada kucing yang kusayangi yang bernama Hero, ayah tak tahu nak luahkan setinggi mana sayang ayah kat Iyo...Iyo banyak mengajar erti hidup kepada ayah dan kawan-kawan ayah...Walaupun dihina dan dicaci, Iyo tetap tabah....Ayah sendiri pun tidak setabah Iyo...Ayah sentiasa berdoa agar Hero dipanjangkan umur, kerana ayah rasa ayah seakan tidak mampu nak menghadapi 'saat itu'..."

Saya harap kita semua akan terus support papa hero
dengan memberi sokongan moral dan sumbangan dalam bentuk
bantuan kewangan untuk beliau melakukan tugas2 mulia ini
At least dia mampu buat apa yang kita tak mampukan--
Klik blog papa hero

Salam takziah daripada saya

--tak semua orang suka kucing.Its ok at least hormat kucing sebagai makhluk ALLAH--
#tebumanis78


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Jumaat, 2 Mac 2012

Rupa rupanya ramai yang sayang kucing

Assalamualaikum wbt

Kebelakangan ini hati saya diruntun rasa gundah, perasaan sedih bagai mengawal emosi saya... saya terfikir kenapa ramai yang tidak sayang pada kucing... haiwan comel yang ALLAH suruh duduk di rumah....haiwan yang pandai bermanja...dibiarkan mengemis untuk sesuap nasi

Lebih menyedihkan 2 hari lepas saya terlihat 4 ekor kucing yang sedang berpelukan tidur di pinggir jalan...nak menangis saya sebab saya tau ada orang yang buang sebab mereka sakit perut....
masih kecil2 lagi semuanya.. memang kat rumah ada lebih daripada 30 ekor dah... 

Akhirnya saya tawakkal dan bawa pulang mereka dan diletakkan dalam bilik tidur saya... saya dah sediakan makanan dan tandas kecil buat mereka... sebab memang banyak kucing yang dah saya bela... saya redha walaupun jiran menjuih bibir tanda benci kepada kucing2 saya.. saya abaikan biarlah... dek kerana najis takkan mereka  dapat kanser?.. pandai2 lah buang habuan syurga yang ALLAH nak bagi nanti... diorang bela anak2 pun anak2 bukannya reti berterima kasih.. baik buang najis kucing ada juga doa dari kucing2 tu

Tapi hari ni saya terbaca dari blog seorang teman... hati saya berbunga bahagia... rupanya ramai yang sayang kucing2 terbiar ini...jom baca







cerita 1

Ada ramai kawan saya yang memang membela kucing tepi jalan yang dikutip. ada rakan saya bela sampai berbelas-belas satu masa. ibu bapa pula gian menyokong. ada yang kalau saya datang kerumah, dia peluk cium kucing kampung dan bercakap dengan kucing macam kucing tu manusia!

dan saya walaupun mampu membeli yang mahal, semua kucing saya, sudah enam batch mereka saya bela, semua jalanan atau buangan orang. semuanya saya bawa kepada Vet, deworm, neuter, dan bagi makan Friskies dan Whiskas. Mahal memang mahal tapi kami tahu makanan manusia bukan untuk haiwan. lagipun puas tengok kucing kampung yang sihat gemuk dan bulu warna cerah mengalahkan kucing import.

ada satu cerita zaman Uni saya dulu--saya ada rakan bertudung labuh dan dia tinggal di asrama. saya lihat sekali sekala dia membeli Friskies di kedai runcit padahal di asrama mana boleh bela kucing. saya tanyakan mengapa. rupa2nya dia bagi Friskies pada kucing tepi jalan di kawasan fakulti dan asrama. Friskies bukan yang biasa, yang DAGING tu dia beli.

dan sukarelawan jangan ceritalah--dua orang adik saya selalu pergi jadi sukarelawan di pusat haiwan terbiar dan zoo. datang beramai-ramai ke zoo--kalau jauh sangat tumpang rumah rakan di KL. SANGGUP! bukan mereka sahaja, malah kawan-kawan mereka. kebanyakannya melayu. kalau anda tidak nampak mereka, mungkin anda ke SPCA atau zoo lain, atau masa lain. Saya insyaallah ingin buat, kalau tidak ada kerja yang menyibukkan seperti sekarang.

cerita 2
salam saya mmg syggggg sgt dgn kucing..begitu juga wife dan anak2 saya....saya pernah one time bela kucing terbiar sehingga 40ekor byk nya.... bila saya pindah rumah...saya sewa stu lori khas bawak kucing2 saya ke rumah baru saya....tapi sekarang tinggal beberapa belas ekor jer.... jgn kucing..apa jenis haiwan pun saya syg.....
Besar pahalanya walaupun hanya memberi kucing minum air apatah lagi membelanya...jangan pandang hina pada haiwan ini...tolong lah~
 
 
 Sekian Wasalam

IKLAN 3