IKLAN

Isnin, 19 Disember 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2011


KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
TAHUN 2011


Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.



Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
20 Disember 2011

Ahad, 18 Disember 2011

HOTLINE SBPA

Assalamualaikum wbt

Buat semua penjawat awam, korang dah master pasal SBPA?kalau korang terlepas entry saya jom baca 

  1. Nasihat CUEPACS kepada penjawat awam
  2. Sistem saraan baru perkhidmatan awam
  3. Pekeliling perkhidmatan bil.112011
  4. Amanat Ketua Pengarah
  5. Jadual gaji guru
  6. Intipati perlaksanaan SBPA
  7. Cara pengiraan gaji 
phewwwww~ banyak sungguh pasal SBPA yang saya publishkan melalui bog-blog saya... so kalau masih ada yang blurrrr dan apa persoalan yang tak terjawab lagi ... apa kata korang visit HOTLINE SBPA






Korang bolehlah bercakap terus dengan petugas-petugas yang disediakan.... ataupun emailkan ke
sbpa@jpa.gov.my
InsyaALLAH segala kekusutan berkaitan sistem ini akan diselesaikan...

Sabtu, 17 Disember 2011

MasterChef Malaysia Online Challenge

Assalamualaikum wbt

korang penah cuba tak contest Masterchef Online? Saya dah cuba tapi gagal  :(
neverMind .... buat korang yang belum mencuba jom saya guide korang how to play the game....


Jom!


  • Dari situ korang klik  enter...then tunggu dia loading sat... Kemudian,korang klik How to play dulu untuk mengetahui rules
    for each dish by clicking on them as they fly by.Hurry but be careful each wrong catch will cost you.grab the clock for some extra time
  •  Ada 3 resepi...korang kena pilih 1
  • Lepas klik resepi pilihan korang, korang kena hafal dia punya bahan-bahan yang digunakan
  • Then korang kena cepatlah grap dengan menggunakan garfu
  • korang ada 2 choice..kalau gagal... korang ada peluang lagi mencuba..dengan syarat.. korang kena tunggu keesokan harinya atau pun invite friend FB untuk play game ni
  • Kalau ada yang cuba korang ada chance la try lagi
  • Oh ya sebelum tu korang akan diminta mengisi butir2 peribadi ... 
  • Cepat , cepat masa tinggal tak sampai seminggu lagi untuk mencuba... hadiahnya boleh tahan lumayan.... selamat mencuba
  • kalau berjaya ples bagitau saya .....
 pssst: Korang nak tahu tak... test drive pun boleh dapat gift.... wah lumayannya.....satu lagi... korang nak melancong ke EROPAH ke? kalau nak tahu jom tengok
    Sekian, Wasalam



    IKLAN 3