IKLAN

Selasa, 17 Januari 2012

Marshanda bertudung selepas mimpikan kiamat

 Assalamualaikum wbt

May be berita ini dah lama... tapi saya sukakannya ... alhamdulillah.. itu yang terkeluar dari mulut saya bila membaca artikel ini .... 



Aktress Indonesia, Marshanda memutuskan untuk mengenakan jilbab setelah mendapat mimpi buruk tentang Kiamat selama beberapa hari.

Bintang sinetron Benci Bilang Cinta itu mengaku sedikit kekok saat pertama kali mengenakan jilbab kerana wanita yang mesra disapa Chacha itu tidak pernah berpakaian seperti itu.

"Saya bermimpikan Kiamat selama lima hari berturut-turut seperti dalam filem Armageddon dan berasa sangat takut.

"Pada waktu itu saya belum konsisten untuk mengenakan jilbab sehingga pada 12 Jun lalu, saya telah sedar dan bersyukur kerana dibukakan pintu hati untuk berjilbab," ujarnya menurut detikhot pada Jumaat.

Kini, kekasih Ben Kasyafani itu menolak tawaran untuk berlakon sinetron yang memintanya membuka tudung.

"Insya-Allah saya akan sentiasa memakai jilbab dalam setiap sinetron yang dilakonkan," ujarnya.


tq:kelab greenboc

sekian terima kasih

Islam memang Indah 1

Assalamualaikum wbt

Lihatlah betapa Allah sayangkan Kita....


"Sesungguhnya Malaikat Jibril itu diutuskan untuk menyampaikan hajat manusia.. Apabila seseorang kafir itu memohon, Allah memerintahkan Jibril agar menunaikan hajatnya kerana Allah BENCI mendengar kata-katanya... dan apabila seorang Hamba Muslim yang dikasihi memohon, Allah memerintahkan Jibril agar menahan, menangguhkan dan jangan disempurnakan dengan cepat hajatnya kerana Allah AMAT RINDU akan suaranya..."


Sekian Wasalam

Ahad, 15 Januari 2012

PENGUMUMAN BARU OLEH PM (elaun sara hidup ) PEKELILING 11



Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Januari 2012 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disaranka n kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..
Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am. ... Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-
1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas) dan...
...80 Penutup Botol Coca-Cola... ... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !

Haaaahahaha! !!! Dah baca! Pergi sambung kerja....
kalau pasal DUIT semua mata besar belaka! peace
P/s : tak aci la aku terkena sorang2 kan :) huhu wat bengang je~

IKLAN 3