Pengalaman seorang bapa
PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS
Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak
sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya,
melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu
melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur
saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.
Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK
Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir
sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama
biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek
lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk
memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat
seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya
ti dak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan
sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di
dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.
Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati
ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang
sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang
bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya
lebih kurang begini Janganlah kamu makan organ dalaman . Walau pun Nabi
berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam
keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain
daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasi at zat besinya yang sangat
diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana
yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?
Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah
berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas
diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu
masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya
dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor
Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri
doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan
Isteri saya.
Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata
bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai
masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya
darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan
warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdu a agar
memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam .
Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.
Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di
pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada
anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan
hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan
anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya
akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya
berlari berkejar-kejaran.
Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya
boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak
saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak
saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya .
Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor
pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak s
aya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah
anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya
dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab
yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya
kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120
hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang
apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah
bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat
mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia
sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan
anak sulung yang dikasihi?
Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah
farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk
mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement
buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya
tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada an ak saya.
Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada
waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang
telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi
demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia
13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir
kerana demam.
Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga
berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih.
Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan
telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa
dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah
mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah
sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja
untuk memberitahu kepada saya.
Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana
demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya
menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari
sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung
dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya
mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada
anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan
keluar dari wad hospital .
Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang
disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak
membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti
(biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan
tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar:
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau
Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan
mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur
kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak
saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan
semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun
telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya
Allah di atas rahmatMu.
Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah
kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa
kebaikan kepada manusia . Saya menyumpah juga kepada diri saya yang
selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu
ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku
ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di se kolah dahulu (ilmu makan
hati untuk menambah darah).
Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah
baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang
Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini
beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang
Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain
selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan
bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan
hadis cuma mereka tidak beriman sahaja . Mereka
ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam.
Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk
memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan
hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti
disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan
kepala ikan .
Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningk atkan paras hemoglobin
darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang
Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat . Pengalaman anak
saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai
pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan
hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali
semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.
Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden,
waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan
Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan
tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes,
jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap
penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .