IKLAN

Jumaat, 15 Jun 2012

Sebab Kota Mekah menjadi kiblat Orang Islam

Perungkaian Rahsia Kota Mekah

Pertama sekali, kota mekah telahpun dikaitkan dengan pusat bumi. Pusat bumi adalah dimana tempat terkumpulnya seluruh gelombang yang membuatkan kawasan itu menjadi bergraviti tinggi. Daripada graviti yang tinggi ini, ia boleh memberikan banyak manfaat kepada dunia ini.
Dengan mempunyai kawasan graviti yang tinggi, kawasan tersebut akan menjana zat dan galian mineral yang sangat tinggi. Ini boleh dijelaskan dengan khasiat air Zam Zam itu sendiri. Itulah antara rahsia di dalam kota mekah.


Selain itu, graviti yang tinggi juga membuatkan kota mekah adalah salah satu tumpuan untuk menyembuhkan penyakit. Banyak dalam kalangan orang yang sakit, apabila tiba diMekah, badan akan terasa ringan , dan seluruh sakit sakit yang terdahulu seakan hilang. Ini disebabkan oleh mampatan tenaga graviti yang tinggi menyebabkan peraliran darah di dalam badan menjadi sungguh luar biasa lancar.

Selain itu, kota mekah juga terkenal dengan hajar aswad. Tahukah anda bahawa hajar aswad ni dah kena panah petir dalam satu peristiwa. Dengan hikmah dari panahan petir tersebut, hajar aswad kini menjadi satu absorber, yang mana ia mampu menarik ion ion negatif dalam badan. Sebab itu apabila dicium hajar Aswad, supaya dosa yang berbentuk ion negatif itu akan diserap kedalam Hajar Aswad. Itulah sebabnya ALLAH mengatakan orang yang balik haji ni seperti bayi baru lahir. Dan kesan ni korang leh tengok kat batu tu sendiri, nampak hitam di situ.

Rahsia Kota Mekah Dari Segi Ketenteraan

Dikhabarkan, kota mekah mempunyai sistem pertahanan yang terbaik dalam dunia ini. Disebabkan lokasi yang strategik iaitu di atas pusat bumi, graviti-graviti yang tinggi memebentuk satu pertahanan gelombang, yang mana setiap tembakan peluru berpandu tak kan berjaya melintasi kawasan langit kota mekah, malah terpantul semula.

Dan, sekiranya serangan bom secara kuno dilontarkan, ia tak mampu untuk menghampiri kota mekah. Mekah ibarat dilindungi oleh satu perisai lutsinar yang berbentuk spiral. Lantas ingin melakukan pencerobohan secara jalan darat, percayalah, apabila tiba sahaja para tentera di situ, mereka tak mampu untuk bergerak kerana graviti yang tinggi itu. Mengapa? Sekiranya seseorang berniat jahat, dirinya akan memancarkan aura negatif.

Aura negatif yang terpancar,secara langsung akan dineutralkan oleh graviti ini. Kalo korang yang pernah pergi mekah, mesti korang akan rasa sayu kan bila tengok kaabah. Begitulah perumpamaannya.
Selain itu, rahsia kota mekah ini juga telah diketahui bahawa sekiranya Kota Mekah ditawan, maka orang tersebut telahpun menguasai bumi dan angkasa. Ianya lebih hebat dari nuklear. Bagaimana? Dengan memancarkan satu tembakan laser tepat kearah angkasa, dunia akan gelap gelita. Segala perkakasan elektronik tidak berfungsi. Satelit akan terhempas kebumi. Senjata nuklear juga tak mampu dilancarkan.

Lain Lain Rahsia Kota mekah

Kota mekah tak boleh dikorek langsung, ataupun diangkat batu sekalipun. Pernah ketika pada masa zaman Uthman bin Affan, beliau cuba untuk mengangkat batu batan di sekeliling kaabah, dan pada malamnya, seluruh bumi Makkah bergegar. Sejak dari itu, kaabah yang dilihat kekal hingga ke hari ini.


Wallahualam





Rabu, 6 Jun 2012

Gambar Terbaru Waris Mahsuri yg ke-7


 Assalamualaikum wbt

Ini adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi
Wan Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia kini jua bertudung.
Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira dua tahun lepas.
Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan.
Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil.

Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan.
Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.

Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.

Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.
Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.
Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia.
Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.

Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.

sumber

Isnin, 4 Jun 2012

Sayangkah anda kepada kedua ibu bapa anda ?

Assalamualaikum wbt

Salam dari kejauhan dialam maya ini, lama sungguh saya tak update blog....sungguh... saya sibuk gilerrrrr...Alhamdulillah hari ni dengan sedikit ilham dan idea saya nak menulis sesuatu sebagai peringatan buat kita semua

Anda semua sayang mak? sayang ayah?.......

Masih ada mak? masih ada ayah? Ada? Alhamdulillah... nikmat Allah tu

Anyway pernah tak mereka berada dalam kesukaran dan...... 
cuba meminta pertolongan daripada anda  adik beradik?
 ye la... maybe pertolongan dari segi tenaga, masa atau wang ringgit?

Tak pernah? hurmmmmm.... ada tak yang pernah?.... cer angkat tangan..... wah, wah ramainya... apa perasaan anda...geram, sakit hati, bangga, senang hati ?
dan apakah tindakan anda? tolong atau tak... kalau tolong adakah secara paksa rela atau memang nak sangat bantu mereka?



Wokehhh... Tahukah anda.. hati ibubapa sangatlah sensitif... yelah bila umur dan menginjak petang dan hampir ke senja perasaan semakin menipis dan mudah tersentuh... bak kata orang muda2 mudah TACING....kan kan

Sebenarnya mak ayah kita ada anak2 yang mereka harap dan ada yang tidak....yelahkan diorang lagi kenal kita dari kita kenal diri sendiri..

Kalau mak ayah anda tak pernah mintak bantuan anda ketika mereka dalam kesukaran tandanya anda adalah anak yang tidak boleh diharap.... maknanya
  • Anda mungkin anak yang kedekut dan dari awal dah tunjuk bakat sebagai anak yang pentingkan diri sendiri...
  • Anda mungkin lebih pentingkan suami atau isteri anda dan sering membelakangkan mereka
  • Anda mungkin tak pernah secara rela menghulurkan wang atau bantuan 
 Buat anak2 yang sebegini anda patut merasa malu...dan takut kerana mungkin anda sudah di cop sebagai anak derhaka oleh mereka.... mak aiiiii takutnya.... neraka weiii tempatnya especially anak lelaki... woiiii anak lelaki... ingatlah membelakangkan ibu boleh menyeret anda kedalam neraka..


Bagi anak2 yang sering menjadi menjadi PA mak ayah...apa2 andalah yang dicari...berbanggalah anda..itu tandanya mereka sangat percaya dan harap kepada anda...mungkin nama anda yang bermain dibibir mereka selalu... bergembiralah anda kerana mereka memang sayangkan anda

Jangan takut kehilangan wang dan masa lapang anda...kerana ALLAH akan meluaskan rezeki anda serta melapangkan masa anda jauh daripada masa dan wang ringgit yang anda hulurkan kepada mereka

Jangan melebihkan suami/isteri secara melampau2 sehingga ibu bapa langsung tidak diendahkan..keberkatan hidup kita terletak kepada redha ibu, ibu,ibu dan bapa...

Buat wanita yang dah berkahwin memanglah syurga bertukar dibawah tapak kaki suami...tapi tak salahkan membantu ibu bapa anda... bantulah sekadar terdaya...bantulah ibubapa dan ibubapa mertua anda...tak rugipun malah menguntungkan...kerana kebaikan yang anda hulurkan kepada mereka membuatkan ALLAH PEDULI pada anda


Jom sayangi mereka.... bantulah mereka semampu anda...semoga kita disiram dengan kasih sayang ALLAH, RASUL dan IBU BAPA KITA...ahah...barulah keberkatan menjengah dalam lingkaran kehidupan kita...betul tak... Sesungguhya yang baik itu adalah hak milik mutlak ALLAH... dan maafkan setiap kesalahan saya...sekian


Wasalam

IKLAN 3