IKLAN

Isnin, 1 Oktober 2012

Jangan membazir Ketika berwuduk

Assalamualaikum wbt sahabat2 sekelian

Isu kali ni yang saya nak ketengahkan adalah sangat remeh pada pandangan kita.Ianya berkaitan dengan pembaziran air yang keterlaluan ketika ingin mengangkat wuduk.Pembaziran kita ini adalah disebabkan di MALAYSIA tidak berlaku krisi air yang teruk, dan kita tiada masalah untuk mendapatkan air , betul tak?

Mengangkat wuduk sebenarnya adalah meratakan air pada anggota-anggota yang wajib.Tetapi realiti hari ini rata-rata dikalangan kita membasuh anggota badan ..sehingga bertimba-timba air dibazirkan sedangkan Islam melarang kita membazir apatah lagi untuk tujuan IBADAH.... 


Untuk penerangan lanjut jom baca hadis ni


Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melewati Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda SAW bertanya, "Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?" Saad bertanya:" Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?" Baginda SAW menjawab, " Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir (Riwayat Ahmad)
 
Ulasan Hadis:
1.        Melalui hadis ini, jelas kepada kita bahawa Rasulullah SAW melarang daripada melakukan pembaziran ketika berwuduk. Bagaimana pembaziran yang dimaksudkan di dalam berwuduk?
 
2.        Kebanyakan daripada kita selalu buka pili laju2 ketika ambil wuduk, sehingga basah pakaian, sepatutnya kita hendaklah mengelakkan pembaziran. Buka air perlahan ketika mengambil wuduk dan insyaALLAH boleh sempurna. Jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan!
 
3.        Sebenarnya kerana kejahilan, kita tidak rasa kita sedang melakukan dosa. Dosa membazir, ALLAH sudah menyatakan dalam Al-Quran. Membazir itu saudara syaitan. Hamba ALLAH yang membazir termasuk melakukan dosa kerana membazir dan ia sudah pasti menjejaskan tumpuan dan khusyuk ketika solat. Kerana solat yang khusyuk itu bermula daripada keadaan wuduk yang dilakukan dengan baik.
 
4.        Wuduk sebenarnya untuk membersihkan rohani serta jasmani tetapi jika ketika membersih dalam masa yang sama 'mengotorkan' dengan amalan pembaziran dibimbangi akan mengganggu kualiti solat. Kemungkinan antara penyebab kita solat tetapi masih lagi tidak berubah kepada kebaikan adalah kerana perbuatan ini.
 
5.        Sebagaimana yang kita sedia maklum Islam melarang keras umatnya mengamalkan cara hidup membazir dalam semua urusan yang berkaitan dengan penggunaan air, perbelanjaan harta, pengurusan masa dan penggunaan tenaga. Perbuatan membazir adalah tabiat buruk manusia yang sering terjadi apabila mereka dikurniakan rezeki atau nikmat yang banyak. 

6.        Secara tidak langsung kita telah menggunakan rezki yang datang daripada ALLAH SWT ini secara tidak wajar dan bukan pada tempat yang sepetutnya. 

7.        Justeru, kita hendaklah memerhatikan setiap perbuatan kita, jangan sampai perkara pahala bertukar menjadi haram disebabkan kelalaian kita terhadap urusan agama. WALLAHU’ALAM.




Sumber 

Jumaat, 28 September 2012

Doa untuk Menjadi Orang yang sabar

Assalamualaikum semua

Stress, banyak bencana datang tanpa diduga? ada orang buat anda geram, sakit hati dengan orang2 sekeliling? Tak leh nak handle situasi? ....Apa kata kita Minta ALLAH tunjuki kita jalan penyelesaian kepada masalah kita.

~('_')
                         (.")?

                                               (-"-)~


Jom kita berdoa memohon Agar Allah menjadikan orang2 yang sabar dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar.jagan lupa istiQamah dan amalkan sepanjang hidup kita.Mudah mudahan kita akan tergolong di kalangan orang2 yang beroleh syurga di HARI AKHIRAT nanti





Selasa, 25 September 2012

Penyalahgunaan perkataan MasyaALLAH,Astaghfirullahhal’azim,SubhanAllah dan Nauzubillah

 
 Assalamualaikum wbt
Terdapat kesilapan dengan penggunaan perkataan-perkataan berikut

MasyaALLAH:ALLAH maha Agung
Astagfirullahha'Azim: Aku memohon keampunan ALLAH
Subhanallah:Maha Suci ALLAH
Nauzubillah:Kami memohon perlindungan ALLAH

Jadi penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak diajarkan. Yang patut kita lafazkan ialah “Astagfirrullahhalazim” ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”.
Kebanyakkan yang saya perhatikan, menggunakan “MasyaAllah” ketika terlihat perkara-perkara maksiat terutamanya wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Ini banyak berlaku di dalam TV. Sepatutnya, kita beristighfar (memohon keampunan Allah) apabila melihat perkara-perkara yang di tegah Allah. Jika kita melalui/melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib, maka sebutlah “SubhanAllah”. Jadi, jom kita sama-sama menggunakan perkataan-perkataan tersebut di tempat yang sepatutnya ... Wallahualam ...
sumber: FACEBOOK koleksi shortnote Ustaz Azhar Idrus

IKLAN 3