IKLAN

Rabu, 17 Oktober 2012

DOA MEMOHON KESELAMATAN TERHADAP DIRI, ANAK-ANAK, KELUARGA DAN RUMAHTANGGA DARI KEJAHATAN MANUSIA, BINATANG DAN BALA BENCANA

Assalamualaikum wbt

Semua, sahabat2, saya nak mengingatkan kepada kita semua supaya jangan putus berdoa kepada ALLAH.Walau kita alert macammanapun terhadap keselamatan diri ketika dirumah, jalan raya, tempat kerja atau dimana saja, tanpa ihsan ALLAH kita mungkin ditimpa musibah. Nabi ajar kepada kita bahawa doa adalah senjata kepada para muslimin.... so gunakan senjata ini untuk keselamatan diri.HANYA ALLAH yang mampu....



إِنَّ رَبِّيَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ ،
مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأُ لاَ يَكُونُ لاَ حَوْلَ ،

وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ ،
أَشْهَدُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ،
وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا،
أَعُوذُ بِالَّذِي يُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الأَرْضِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
مِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ رَبِّي آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Maksudnya : Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung, .Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku.Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung.Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu.Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

( Riwayat al-Baihaqiy dalam Dala`il al-Nubuwwah no 3046, al-Matalib al-Aliyyah no 3490 , Ithaf al-Khiarat no 6087 , Bughyat al-Bahith no 1052)

Kelebihan & Khasiat

Menurut riwayat dari al-Tabaraniy dalam Kitab al-Du’a dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa telah mengadu seorang sahabat kepada Abu Darda` r.a bahawa kebakaran sedang berlaku pada kawasan rumahnya.Abu Darda menafikannya.Kemudian datang lagi seorang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah orang yang dketiga tetapi tetap dinafikannya.Kemudian datanglah orang yang ke empat memberitahu bahawa apabila api itu hampir dengan rumahnya ia terpadam sendiri.Abu Darda r.a telah menjelaskan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya”.


SUMBER

Isnin, 8 Oktober 2012

Agenda Besar Zionis untuk Mengganti Al Quds dengan Kuil Yahudi



Assalamualaikum

Tahukah anda bahawa YAHUDI sedang berusaha meruntuhkan MASJID AL AQSA dan menggantikannya dengan kuil yahudi bernama KUIL SULAIMAN.Mereka cuba mengelirukan kita dengan menyatakan bahawa DOME OF ROCK ialah AL AQSA....teruknya   :(



TOlong BACA sampai HABIS dan selepas itu fikirkan apakah sumbangan KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM


Ustadz Ferry Nur, Ketua KISPA (Komite Indonesia untuk Solidaritas Palestina), dalam berbagai tabligh akbar dan khutbah-nya selalu mewanti-wanti ummat Islam akan bahaya hancurnya Masjid Al Aqsho akibat tindakan kotor yahudi. KISPA telah memiliki berbagai data dan dokumen tentang rencana jahat yahudi untuk menghancurkan Masjid Al Aqsho, kemudian mendirikan Kuil Sulaiman diatas reruntuhan Al Quds.
al aqsa


Antara Masjidil Aqsho dan Dome Of The Rock (Qubbah Sakhra)


Inilah yang sering muncul di media. Kubahnya besar berwarna kuning keemasan. Disebut juga Masjid Khalifah Umar Bin Khattab Radiyallahu Anhu. yang dibangun setelah penaklukan Baitul Maqdis atau Jerusalem yang pertama kali oleh umat Islam.

Gambar masjid ini sengaja diekspose oleh Israel seolah-olah sebagai Masjid Al-Aqsha. Padahal, Al-Aqsho itu ada di belakangnya.

Tujuan utama media Yahudi menyamarkan Masjid Sakhra sebagai Masjid Aqsa adalah agar Yahudi bisa menghancurkan Al-Aqsa dan membangun “Solomon Temple” (Kuil Sulaiman) pada bekas reruntuhan Al-Aqsa.

Umat Yahudi meyakini, akan datang di akhir zaman seorang yang mereka anggap sebagai dewa penolong Yahudi, namanya “Messiah” (Al-Masih), jika mereka mengadakan ritual agama di Solomon Temple dengan mempersembahkan sapi betina berwarna merah (Al-Baqarah).

The Guardian Magazine pernah mengingatkan umat Islam agar mampu membedakan antara Al-Shahra dan Al-Aqsho. Dua masjid itu sama sekali berbeda. Jangan sampai umat Islam terkelabu oleh Zionis Yahudi: ”Please let all your friends and family know about this. This is a very important matter. Let all people around you know that the Aqsa mosque and Sakhra mosque are not the same. In Islam Al-Aqsa is one of the three most sacred places after Makkah and Madina.” [Beritahukan kepada semua kawan dan keluarga Anda tentang hal ini. Ini masalah sangat penting. Beritahukan kepada semua orang di sekitar Anda bahwa masjid Al-Aqsho dan masjid Sakhra itu berbeda. Dalam Islam, Al-Aqsha merupakan satu dari tiga tempat tersuci setelah Makah dan Madinah]



Isnin, 1 Oktober 2012

Jangan membazir Ketika berwuduk

Assalamualaikum wbt sahabat2 sekelian

Isu kali ni yang saya nak ketengahkan adalah sangat remeh pada pandangan kita.Ianya berkaitan dengan pembaziran air yang keterlaluan ketika ingin mengangkat wuduk.Pembaziran kita ini adalah disebabkan di MALAYSIA tidak berlaku krisi air yang teruk, dan kita tiada masalah untuk mendapatkan air , betul tak?

Mengangkat wuduk sebenarnya adalah meratakan air pada anggota-anggota yang wajib.Tetapi realiti hari ini rata-rata dikalangan kita membasuh anggota badan ..sehingga bertimba-timba air dibazirkan sedangkan Islam melarang kita membazir apatah lagi untuk tujuan IBADAH.... 


Untuk penerangan lanjut jom baca hadis ni


Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melewati Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda SAW bertanya, "Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?" Saad bertanya:" Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?" Baginda SAW menjawab, " Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir (Riwayat Ahmad)
 
Ulasan Hadis:
1.        Melalui hadis ini, jelas kepada kita bahawa Rasulullah SAW melarang daripada melakukan pembaziran ketika berwuduk. Bagaimana pembaziran yang dimaksudkan di dalam berwuduk?
 
2.        Kebanyakan daripada kita selalu buka pili laju2 ketika ambil wuduk, sehingga basah pakaian, sepatutnya kita hendaklah mengelakkan pembaziran. Buka air perlahan ketika mengambil wuduk dan insyaALLAH boleh sempurna. Jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan!
 
3.        Sebenarnya kerana kejahilan, kita tidak rasa kita sedang melakukan dosa. Dosa membazir, ALLAH sudah menyatakan dalam Al-Quran. Membazir itu saudara syaitan. Hamba ALLAH yang membazir termasuk melakukan dosa kerana membazir dan ia sudah pasti menjejaskan tumpuan dan khusyuk ketika solat. Kerana solat yang khusyuk itu bermula daripada keadaan wuduk yang dilakukan dengan baik.
 
4.        Wuduk sebenarnya untuk membersihkan rohani serta jasmani tetapi jika ketika membersih dalam masa yang sama 'mengotorkan' dengan amalan pembaziran dibimbangi akan mengganggu kualiti solat. Kemungkinan antara penyebab kita solat tetapi masih lagi tidak berubah kepada kebaikan adalah kerana perbuatan ini.
 
5.        Sebagaimana yang kita sedia maklum Islam melarang keras umatnya mengamalkan cara hidup membazir dalam semua urusan yang berkaitan dengan penggunaan air, perbelanjaan harta, pengurusan masa dan penggunaan tenaga. Perbuatan membazir adalah tabiat buruk manusia yang sering terjadi apabila mereka dikurniakan rezeki atau nikmat yang banyak. 

6.        Secara tidak langsung kita telah menggunakan rezki yang datang daripada ALLAH SWT ini secara tidak wajar dan bukan pada tempat yang sepetutnya. 

7.        Justeru, kita hendaklah memerhatikan setiap perbuatan kita, jangan sampai perkara pahala bertukar menjadi haram disebabkan kelalaian kita terhadap urusan agama. WALLAHU’ALAM.




Sumber 

IKLAN 3