IKLAN

Khamis, 31 Oktober 2013

KISAH GOLONGAN YANG MASUK SYURGA TANPA DIHISAB




Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan diseksa, mereka ialah :

1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan hajinya.3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan ALLAH tanpa riak.

Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian ALLAH memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi mereka.

syurga itu indah

Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid, "Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?" Berkata orang yang mati syahid, "Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan ALLAH." 

Berkata Jibrail A.S., "Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?" Orang yang mati syahid menjawab,"Aku mendengar daripada alim ulama." Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopanan, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."

Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji, "Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?" Berkata yang berhaji, "Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana ALLAH." Berkata Jibrail A.S., "Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala haji?" Berkata yang berhaji, "Aku mendengar dari alim ulama." Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."

Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula, "Apakah yang kamu lakukan sewaktu kamu di dunia dulu?" Menjawab si penderma, "Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan ALLAH S.W.T." Jibrail A.S. berkata lagi, "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana ALLAH?" Berkata si perderma, "Aku mendengarnya dari para alim ulama." Maka Jibrail A.S. pun berkata, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."

Kemudian orang alim berkata, "Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu." Lalu ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Telah benar kata si alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk."

Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, "Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu."
ALLAH S.W.T. berfirman, maksudnya, "Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu."

Al Hassan r.a. berkata, "Tinta para ulama itu ditimbang pada hari kiamat dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada."

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan rosaklah engkau."

Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W., "Amal apakah yang paling utama?"
Rasulullah S.A.W. menjawab, "Berilmu tentang ALLAH."

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara, dan dari lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga, iaitu:
1. Wajah yang manis dan berseri-seri.
2. Tutur kata yang bersopan.
3. Hati yang bertaqwa kepada ALLAH.
4. Tangan yang dermawan.

sumber

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Rabu, 30 Oktober 2013

Solat Sunat Taubat

Semua orang pasti melakukan dosa
Semua orang pasti berbuat silap
Dalilnya adalah manusia bersifat baharu dan memiliki hati yang berbolak-balik
Seperti yang kita ketahui setiap orang dianjurkan untuk bertaubat setiap hari
Dengan bertaubat kita akan terasa diri dekat dengan ALLAH dan lebih bersemangat untuk beribadah

Menurut Ustaz Azhar Idrus--
Kita tak semestinya perlu bertaubat dengan hanya berada atas tikar sembahyang
Allah telah mempermudahkan cara untuk kita bertaubat
Antaranya ialah dengan banyak beristighfar dan memohon keampunan dari ALLAH
Sambil memandu kereta, sambil memerhati keindahan alam, sebelum tidur,usai bangun tidur dan bila2 saja
apabila kita rasakan diri kotor dan ingin bertaubat
Silakan bertaubat--
Allah sayang pada hambanya yang sentiasa bertaubat
(baiknya ALLAHkan ^_____^)

Untuk hari ni saya lampirkan tatacara solat sunat taubat
dan doa yang boleh diamalkan--
semoga entry saya bermanafaat kepada saya,awak,kita,mereka dan sesiapa sahaja yang terbaca entry
ana ^___^





solat sunat

v  RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Taubat
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri




doa

Semoga Allah mendengar doa-doa hambanya yang hina ini
AMEEEN

#tebumanis78

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Isnin, 28 Oktober 2013

KELEBIHAN BERISTIGFAR

Assalamualaikum wbt



Pada suatu hari, Imam Ahmad Bin Hambal sedang mencari tempat untuk berehat di waktu malam selepas permusafirannya di siang hari. Baliau pergi ke masjid untuk solat dan berniat untuk bermalam di masjid tersebut. Namun tindakannya itu dihalang oleh orang tempatan kerana takut-takut apabila orang lain melihat beliau berehat dan tidur di situ, orang lain akan berbuat perkara yang sama.

Maka Imam Ahmad Bin Hambal pun akur dan dia keluar dari masjid tersebut dan mencari tempat untuk berteduh. 



istigfar

Sedang beliau berjalan, seorang pemuda terlihat akan beliau. Pemuda tersebut menawarkan Imam Ahmad Bin Hambal untuk bermalam di rumahnya setelah melihat Imam Ahmad Bin Hambal seolah-olah sedang mencari tempat untuk bermalam.
istigfar sebanyak banyaknya


Pemuda tersebut lalu membawa Imam Ahmad Bin Hambal ke rumahnya. Pemuda itu merupakan seorang pembuat roti. Rumahnya agak selesa kerana kehangatan pembakar roti. Selepas mempelawa Imam Ahmad Bin Hambal untuk berehat, pemuda tersebut meneruskan kerjanya membuat roti. Sedang pemuda tersebut membuat roti, Imam Ahmad Bin Hambal duduk di sebelahnya.

Imam Ahmad Bin Hambal memperhatikan gerak geri pemuda tersebut menguli tepung untuk dijadikan roti. Sambil pemuda tersebut menguli tepung, dia beristighfar. Istighfarnya selari dengan tangannya yang menguli adunan tepung.


selalu berisrigfar
" Astaghfirullah al-azim. Astaghfirullah al-azim. Astaghfirullah al-azim."

Imam Ahmad Bin Hambal pun bertanya kepada pemuda tersebut.

"Sejak bilakan kau melazimi dirimu dengan perkara ini (istighfar) ?"

"Sejak aku mula membuat roti," jawab pemuda tersebut.

"Sejak bila kau mula membuat roti?," tanya Imam Ahmad Bin Hambal lagi.

"Sejak aku baligh, aku menolong ayahku membuat roti. Sehinggalah kini," pemuda itu menjawab sambil menguli adunan.

"Adakah kau juga berdoa?," tanya Imam Ahmad Bin Hambal.

"Ya.. Aku berdoa pada Allah agar aku ditemukan dengan Imam Ahmad Bin Hambal,"jawab pemuda tersebut.

Imam Ahmad Bin Hambal pun berkata, "Akulah Imam Ahmad Bin Hambal.."

So, moral of the story is : Antara kelebihan istighfar adalah, hajat atau doa kita akan dimakbulkan dengan izin Allah.
--perkongsian dari internet--
#tebumanis78


IKLAN 3