IKLAN

Rabu, 22 Oktober 2014

Sentuh Anjing



Sungguh panas tentang program sentuh anjing yang diadakan baru-baru ini
Suka saya berkongsi youtube UAI yang menjawab hukum sentuh ajing dengan sengaja secara demi menunjukkan rasa sayang kita pada makhluk tersebut


 isu sentuh anjing dengan sengaja


 Ini pendapat saya yang jahil--
Islam ajar dak kita sayang haiwan? - yes ajar
Jadi bolehlah peluk anjing dan babi untuk menunjukkan kasih sayang kita pada mereka? - tak boleh tanpa sebab
Tanpa sebab?- Ya.. Kalau kita lihat anjing terbaring cedera ditengah jalan perlukan bantuan kita perlu hulurkan bantuan... tapi kalau sengaja nak peluk cium...... tunjuk yang kita sayang mereka macam kita peluk kucing.....tak  Boleh!!!!!!
Mana awak tahu? - Saya rujuk kepada sahabat-sahabat sayang yang TAHU dan Guru-guru saya
Wallahua'lam

Pesan Saya--
Kita hendaklah sentiasa merujuk kepada para Da'i kita apabila timbul isu baru--
islam melarang kita bercakap tanpa ilmu yang sahih

Semoga Allah Memberkati dan menunjukkan Jalan yang benar buat Kita semua

Ingat Apabila akhir zaman,
ISLAM AKAN MENJADI ASING KEPADA KITA SEMUA

Biarkan tiada orang yang mengikut kita apabila kita berdakwah -- Asalkan kita tidak mengikut mereka dan kekal taat kepada ALLAH-- Nauzubillahi minzalik

#tebumanis78




SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Khamis, 10 Julai 2014

Cara bertadarus AL QURAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Hari ini dah masuk day 12th kita berpuasa--
Tentu semua orang mengerjakan ibadah dengan bersungguh sungguh
lagipun belum keluar hari raya--
mood raya pun tak terasa langsung--

sepanjang Ramadhan ini , anda semua bertadarus Al Quran tak?
rugi tersangat kalau tak buat--

tahu tak apa itu tadarus AL QURAN?


Tadarus Al-Qur’an, pada asasnya bermaksud membaca Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan.

Tadarus ALQURAN adalah amalan RASULULLAH SAW sepanjang bulan RAMADHAN. Baginda Rasulullah bertadarus dengan MALAIKAT JIRAIL

ramadhan



Mengikut riwayat Ibnu Abbas r.a.:

“Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan, dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan. Jibril a.s. menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang1”.(Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim2).
1. Maksud ibarat ini ialah mudah dan segera membuat kebajikan.
2. Shahih Al-Bukhari, Darul Ihya’ At-Turath Al-Arabi, Jilid:3, m/s:33.


Saya nak sharekan cara bertadarus sepatutnya kita ikuti

1. Membaca Al-Qur’an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil.

2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf

3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.

4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam.

5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.

Adab Membaca Al-Qur’an:

1. Suci daripada hadas besar dan kecil.

2. Duduk dengan sopan dan mengadap kiblat.

3. Membaca secara tartil.

4. Membaca dengan melihat mashaf ( مصحف ) lebih afdhal.


Kelebihan Tadarus:
Tadarus Al-Qur’an mempunyai banyak kelebihan.
Antaranya, sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

“Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat”.
(Riwayat: Abu Daud).


note:Kalau tak sempat habiskan satu ALQURAN pun tak pa, at least ada improvement pada kualiti bacaan dan tajwid kita. Semoga ALLAh menerima AMALAN kita  ini, Wallahua'lam


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Rabu, 18 Jun 2014

Apa Yang di Bersihkan oleh tubuh ketika Puasa

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Siapa yang tak sabar menantikan RAMADHAN al Mubarak angkat tangan?
Ramai yang eksaited sangat nak berpuasa kan ? 
Ada tidak yang dah mula mengeluh? --wo wo-- jangan gitu nok

puasa dak kesihatan



Tak kurang juga Ramai yang menganggap RAMADHAN adalah bulan temasya makanan....
Yes, kalau tidak ------ takkan masing-masing berpusu-pusu merancang berniaga -- untuk menjual itu dan ini--
right?
hewhew-- ada baiknya kita betulkan nawaitu dan persepsi tentang RAMADHAN
Silap aribulan ibadah kemana, pahala yang dikejar kemana--
Akhirnya semuanya menjadi sia-sia

So untuk memberi semangat kepada kita-- menambah baik ibadah puasa for this coming RAMADHAN apa kata kita bincangkan kebaikan BERPUASA KE ATAS TUBUH BADAN KITA--

Menurut sains, puasa bertujuan menyahtoksid bahan yang terkandung dalam makanan contohnya racun perosak,bahan pengawet, sisa dadah serta bahan kimia yang terkandung dalam makanan kita
For you information--
lapisan usus kita menyimpan berjuta-juta lemon parasit,toksin dan lain-lain bahan kotor--
Jadi--
Dengan berpuasa -- menahan diri dari makan dan minum selama 8 jam boleh membantu proses
DETOKSIFIKASI--

apa maksud DETOKSIFIKASI kawan-kawan?
ha-- nindia-- baca sket--

DETOKSIFIKASI  bermaksud
proses penyingkiran himpunan toksiN yang terkumpul di dalam tubuh badan kita terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik.

puasa


Sambung skit agi
Berpuasa membantu membersihkan saluran darah daripada racun toksin--paham dak?

Jadi paham baik-- yang puasa ni adalah perintah ALLAH yang dari sisi lainnya ALLAH dah sediakan segala kebaikan dari sudut kesihatan dan kerohanian seseorang-- lupakan bab letih, terpaksa, menyusahkan atau apa jua yang menyebabkan kita rasa puasa sangat membebankan-- no no-- cannot-- berhenti dari berfikir hal negatif -- ya-- 

Apa yang dibersihkan tubuh apabila berpuasa?

  • Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit. 
  • Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan.
  •  Asid-asid lemak trans.
  •  Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus.
  •  Bahan buangan toksik dalam sistem lympha dan saluran darah.
  •  Toksin dalam limpa, hati dan buah pinggang.
  •  Toksin-toksin yang tertanam dalam fiber selular dan tisu-tisu organ.
  •  Deposit dalam tiub-tiub halus yang bertanggungjawab menyuburkan sel-sel otak.
  •  Kolesterol berlebihan.

Apa kesannya?:
  •  Kecergasan otak dapat dipertingkatkan.
  •  Berat badan dapat dikurangkan dengan selamat tanpa geleber.
  •  Sistem saraf diseimbangkan.
  •  Paras tenaga dipertingkatkan.
  •  Organ-organ dipertingkatkan kecergasannya.
  •  Biokimia selular diharmonikan.
  •  Kulit menjadi lebih halus, lembut dan sensitif.
  •  Lebih mudah bergerak.
  •  Pernafasan lebih penuh, bebas dan dalam.
  •  Sistem digestif direhatkan.
Jom count down -- RAMADHAN is around de corner-- lets warm up-- buat puasa sunat sehari dua-- ambik semangat REAL RAMADHAN

Tingkatkan Kualiti puasa yeaaaaa--

Sekian, Wasalam

#tebumanis78


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

IKLAN 3