IKLAN

Isnin, 30 Julai 2012

Menjamu orang ketika berbuka puasa

Assalamualaikum wbt

Anda semua nak pahala xtra tak? So petang ni beli makanan kat bazar atau lagi best masak sendiri.....round la dekat2 kawasan kejiranan korang..lepas tu tanya2 la orang...kat mana rumah rumah fakir miskin/orang yang dalam kesusahan, 
lepas tu beri makanan tersebut dengan penuh keikhlasan dan INSYAALLAH ALLAH akan menyediakan sesuatu untuk kita padang mahsyar kelak...
 disamping anda semua tidaklah membazir makanan dan mengeratkan sillaturrahim dengan mereka




Bayangkan kalau makanan tu kita berikan kepada kanak2 miskin...agak2 apa riak wajahnya? tentu dia tersenyum maniskan..Apa pula perasaan kita? tentu terasa insaf akan kebesaran ALLAH mengurniakan kita rezeki sehingga boleh kita berkongsi dengan orang lain



Antara amal kebajikan yang mendapat ganjaran besar dalam Islam ialah memberi makan kepada orang Islam yang lain. Dan ganjaran ini berlipat-kali ganda apabila orang yang diberi makan itu ialah orang-orang yang lapar dan berpuasa






Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)


Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.






Nak tak air dari telaga ALLAH? Nak tak hilang dahaga ketika dipadang mahsyar?


Ruginya kalau kita tak ambil kesempatan ni...
Wallahualam

1 ulasan:

mama aini berkata...

salam ramadhan nurul..thanks atas perkongsian..

IKLAN 3