IKLAN

Rabu, 27 November 2013

Lahir sudah pewaris lelaki pertama Almarhum Ahmad AMMAR

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Hari ni saya stalk FB mak dan ayah AHMAD AMMAR--
Personally saya suka membaca bait2 cerita tentang keluarga AHMAD AMMAR
sangat mengujakan--

Khabar Gembira yang saya dapat ialah Amarhum AHMAD AMMAR telah mendapat
anak saudara baru ,seorang Putera--
Saya yakin ahli keluarganya tentu sangat hembira dan mengucap syukur kerana
kesedihan kerana kehilangan AHMAD AMMAR telah digantikan dengan kegembiraan kelahiran
ahli keluarga baharu.Tahniah pada keluarga ENCIK AHMAD AZAM dan PUAN NOR AZLINA--

ahmad ammar
Anak Saudara pertama Ahmad Ammar Sahal Najla


From Muhammad Suhail (abang ipar AHMAD AMMAR)

Alhamdulillah kelahiran anak kedua merupakan seorang putera seperti yang dijangka ramai. Dilahirkan pada 26/11/2013 jam 1.26pagi.

Berbeza dengan kali pertama, kali ini Nadzifa Azam terpaksa mengharungi hampir 3 jam menanti terbitnya mentari dakwah.

Sungguh, aku kagum dengan isteriku yang tidak merungut, menjerit mahupun mengucapkan sakit. Aku sampai bila2 pun takkan dapat gambarkan keperitan yang aku saksikan.

Kelahiran kali ini buatkan hatiku sebak. Kerana kami baru kehilangan seorang ahli keluarga, dan kelahiran ini mengubat jiwa kami. Debarannya tinggi berbanding dulu.

Sejak isteriku sakit, aku asyik terbayangkan Ahmad Ammar. Aku merasakan dia sedang gembira dan tidak sabar akan kedatangan anak buahnya sepertimana layanannya yang cukup mesra dengan Najla sewaktu dia pulang bercuti Julai - September 2013.

Jangan kau bimbang Sehidimiz Ahmad Ammar, putera kami ini sudah tentu milik agama, meneruskan usaha-usaha ibu dan ayah kami, emak dan abah kami yang selamanya takkan pernah berpaling daripada amanah yang Nabi tinggalkan buat umatnya.

ALLAHUAKBAR! ALHAMDULILLAH!

ahmad ammar
Pandangan yang penuh bermakna Ahmad Ammar (foto terakhir sebelum AHMAD AMMAR berangkat pulang ke Turki)


--Semoga Bahagia AHMAD AMMAR di JANNAH--Al Fatihah
#Tebumanis78
 

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Tiada ulasan:

IKLAN 3