IKLAN

Rabu, 27 November 2013

Nadir Al-Nuri memohon rakyat Malaysia memberi bantuan kepada rakyat Gaza

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Kali ini saya tawakkal menulis--
Saya berharap akan ada sahabat2 yang membaca blog saya memberi bantuan segera.
Ramai anak2 di Gaza sangat2 memerluan bantuan kita
Berita yang saya terima daripada Nadir Al-Nuri benar2 buat kelopak mata saya menjadi panas
Dia mengharapkan rakyat Malaysia membantunya untuk dia membantu rakyat Gaza yang sangat memerlukan bantuan kewangan.Jom tolong ramai2.
Hasbunallah wani'malwakeel
Tiada daya upaya kita melainkan dengan pertolongan ALLAH 
Gaza 2013
Inilah Rumah Bakar dan salah seorang adik bakar sedang sakit

Jangan takut untuk berjihad ke jalan ALLAH
Saya merayu bantuan daripada sahabat2 sekelian untuk menghulurkan bantuan kewangan melalui akaun  CIMB 14760002501204 Umm Salamah Ahmad Shah, koordinator Projek Malaysia
Pertanyaan lanjut Whatapps +60195004911
Email nurilhakim@gmail.com/Facebook:Nadir AlNuri

sila baca catatan facebook Nadir al-Nuri



gaza
Adik Bakar sakit dan kini di hospital
Siapa masih ingat adik ini? Namanya Bakar, kalian telah membantu keluarga beliau dengan sumbangan bekalan makanan selama sebulan Ramadhan lepas.

Minggu lepas, saya terserempak dengan beliau di hospital tempat saya tinggal. Melihat saya, wajahnya bersinar. Dia terus mendapatkan saya dan berkata, "Adik saya sakit. Sekarang dia sedang dirawat oleh Dr. Tadi saya ke masjid mencari abang sebab kami tidak ada duit untuk membayar kos rawatan. Tapi saya tunggu lama tak jumpa-jumpa."

Lalu saya bertanya, "Habis kalau tak jumpa abang ni macam mana cadangnya nak bayar, duit tak ada, adik tengah rawat dah?"
Dia menjawab yakin, "Saya pasti bahawa saya akan jumpa abang, abang ada setiap kali kami kesusahan."

Tawakal.

Allah menguatkan iman dengan pelbagai cara tatkala hambaNya merintih. Untuk saya, tiap kali iman lemah, Allah akan menghantarkan kepada saya berduyun-duyun individu yang memerlukan bantuan. Dengan membantu mereka, saya diingatkan dengan tujuan hidup, untuk memberi.
Semalam zuhur saya ditemui ayah yang anaknya hanya makan roti bersama minyak zaitun memohon bantuan.
Sebelah malam ada keluarga yang menghubungi menangis merayu dilangsaikan sewa rumah berjumlah RM350 sebulan yang tertunggak selama dua bulan - segera sebelum mereka dihalau keluar.
Sekejap tadi ada pula yang meminta bantuan untuk kos perjalanan anak mereka ke Mesir untuk menjalani pembedahan.

Saya tidak mampu memberi jika tuan puan tidak memberi. Bukankah kita berkongsi tujuan hidup yang sama?

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun CIMB 14760002501204 atas nama Umm Salamah Ahmad Shah, Koordinator Projek di Malaysia. 



--Ayuh bantu Gaza--
#Tebumanis78

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Tiada ulasan:

IKLAN 3