IKLAN

Memaparkan catatan dengan label ZIKIR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ZIKIR. Papar semua catatan

Ahad, 14 Ogos 2011

ZIKIR MUNAJAT




Assalamualaikum dan salam subuh buat semua sahabat2 saya.Alhamdulillah syukur kepada Yang SATU kerana dengan rahmatnya dan izinnya saya masih bernafas dan berupaya menggunakan akal fikiran yang cerdas yang dikurniakan dan masih diizinkan memiliki anggota badan yang sihat lagi cergas. ALHAMDULILLAH ,ALHAMDULILLAH. 

sudah 13 hari RAmADHAn berlangsung dan berbaki 17 atau 16 hari lagi tempoh kita bebas daripada syaitan dan iblis yang honar lagi durjana.Walaupun terasa sangat letih berpuasa kali ini (mungkin kerana cuaca yg sangat panas) namun saya terasa nikmatnya.Semua org tidak merasa lelah untuk mengunjungi RUMAH ALLAH dan sama2 solat terawih berjemaah, berlumba2 bertasbih,berzikir dan memuji kebesaran ALLAH.Itulah hebatnya bulan RAMAdhan.

Bagi yang yang bekerja sehingga petang tidak terkecuali untuk melipatgandakan ibadah.Zikir adalah diantara cara mengingati ALLAH yang mudah dan boleh dilakukan dimana jua walaupun sedang memandu kereta.Bagi saya zikir yang paling saya sukai adalah zikir munajat.Zikir ini sangat istimewa dan mudah menyentuh hati hamba yang sering lalai.Ini adalah kerana alunan zikir yang yang indah dan merdu.

IKLAN 3