IKLAN

Ahad, 14 Ogos 2011

ZIKIR MUNAJAT




Assalamualaikum dan salam subuh buat semua sahabat2 saya.Alhamdulillah syukur kepada Yang SATU kerana dengan rahmatnya dan izinnya saya masih bernafas dan berupaya menggunakan akal fikiran yang cerdas yang dikurniakan dan masih diizinkan memiliki anggota badan yang sihat lagi cergas. ALHAMDULILLAH ,ALHAMDULILLAH. 

sudah 13 hari RAmADHAn berlangsung dan berbaki 17 atau 16 hari lagi tempoh kita bebas daripada syaitan dan iblis yang honar lagi durjana.Walaupun terasa sangat letih berpuasa kali ini (mungkin kerana cuaca yg sangat panas) namun saya terasa nikmatnya.Semua org tidak merasa lelah untuk mengunjungi RUMAH ALLAH dan sama2 solat terawih berjemaah, berlumba2 bertasbih,berzikir dan memuji kebesaran ALLAH.Itulah hebatnya bulan RAMAdhan.

Bagi yang yang bekerja sehingga petang tidak terkecuali untuk melipatgandakan ibadah.Zikir adalah diantara cara mengingati ALLAH yang mudah dan boleh dilakukan dimana jua walaupun sedang memandu kereta.Bagi saya zikir yang paling saya sukai adalah zikir munajat.Zikir ini sangat istimewa dan mudah menyentuh hati hamba yang sering lalai.Ini adalah kerana alunan zikir yang yang indah dan merdu.







Sesungguhnya berzikir (mengingati Allah) itu adalah satu ibadat yang mulia dan utama dan amat besar faedahnya yang akan diperolehi.

1. Firman Allah dalam surah Al-Baurah Ayat 152 yang bermaksud:

"Maka berzikirlah (ingatlah) kamu kepada ku, nescaya aku mengingati kamu sekalian dan bersyukurlah kepadaku dan janganlah kamu mengkufuriku."

2. Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 41-42 yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman berzikirlah (ingatlah) kepada Allah sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepadanya setiap pagi dan petang."

3. Firman Allah dalam surah Al-Ra'du ayat 28 yang bermaksud:

"Orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana berzikir (mengingati) kepada Allah, ingatlah bahawa dengan berzikir kepada Allah hati akan menjadi tenteram.





KELEBIHAN ZIKIR MUNAJAT

1. Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah "La-ilahaillallah" ertinya "Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah". Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Zikir yang paling utama ialah "La-ilahaillallah" dan doa yang mulia ialah "Al-Hamdulillah".

2. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Perbaharuilah Iman kamu !!!. Para sahabat bertanya bagaimana caranya memperbaharui Iman kami? Jawab Baginda, perbanyakkanlah ucapan "La-ilahaillallah".

3. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Ucapan Subhanallah itu memenuhi setengah mizan (timbangan) dan ucapan Al-Hamdulillah memenuhinya dan "La-ilahaillallah" tiada dinding antaranya dengan Allah s.w.t.

4. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barang siapa mengucapkan "La-ilahaillallah" tujuh puluh ribu kali, maka sesungguhnya ia telah menebuskan dirinya daripada Allah s.w.t."

5. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Siapa yang mengucapkan "Subhanallahi Wabihamdihi" sekali, akan ditanamkan baginya satu pohon di syurga jika mengucapkannya seratus kali dicatatkan baginya seribu kebajikan dan digugurkan daripadanya seribu kali kejahatan.



Tiada ulasan:

IKLAN 3