IKLAN

Isnin, 12 Disember 2011

Lisa Bakal berkahwin tahun 2012


 Assalamualaikum wbt
Saya memang minat sangatlah dengan LISA ...cantiknya dia....so saya tempeklah berita perkahwinan yang bakal berlangsung tak lama lagi.....Moga2 LISA pakai tudung pulak lepas ni....bukan apa kalau dia bertudung lagilah terserlah kecantikannya betul tak




KUALA LUMPUR – Kecoh di blog-blog hiburan tempatan menyatakan bahawa satu perkahwinan besar-besaran yang diberi jolokan “wedding of the year” bakal diadakan pada bulan February 2012 dan dikaitkan dengan pasangan Yusri KRU – Lisa Surihani.

Sebuah blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, memberitahu peminat bahawa Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah ditempah pada Februari depan untuk majlis perkahwinan pasangan sensasi tersebut.
“Beberapa hari lalu seorang yang memang rapat dengan industri hiburan memberitahu yang Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah di’tempah pada Februari 2012 untuk majlis perkahwinan pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU,” kata pemilik Rotikaya.com.

Nak tahu lagi klik sini
Selain itu, blog hiburan Gua.com.my terjumpa sehelai kertas “recycle” yang mengandungi perancangan majlis perkahwinan paling gah yang dikatakan akan berlangsung pada bulan yang sama tahun depan, bertempat di kawasan sekitar pusat penyiaran Astro.

Sebelum ini, timbul juga gosip panas yang mendakwa syarikat penyiaran Astro telah berusaha membeli dan mendapatkan hak penyiaran eksklusif untuk majlis perkahwinan Yusri KRU – Lisa Surihani itu.
Selain itu, heboh juga di laman sosial Twitter yang menyatakan secara lengkap mengenai tarikh perkahwinan Yusri dan Lisa Surihani yang akan dilangsungkan pada 25 Februari 2012.
Bagaimanapun, Lisa Surihani, 25, yang dihubungi media baru-baru ini enggan memberikan sebarang komen mengenai desas-desus itu dan menyerahkan kepada ‘pihak lelaki’ untuk menjawab dakwaan tersebut terlebih dahulu.

Yusri, 38, pernah melangsungkan perkahwinan pertamanya dengan diva popular tanahair, Erra Fazira, pada tahun 2003 secara besar-besaran berkonsepkan ‘perkahwinan dalam taman’ yang dihadiri oleh ribuan peminat di Taman Tasik Permaisuri dan dianggap sebagai “wedding of the year”.
Klik sini
Bagaimanapun, jodoh di antara Yusri dan Erra disahkan berakhir pada 14 Jun 2006 apabila anggota kumpulan KRU itu mengaku melafazkan talak satu terhadap isterinya pada 26 April tahun itu di kediaman mereka.

Yusri yang juga merupakan salah seorang jutawan dan pemilik KRU Studios itu dikatakan mengaku menjalinkan hubungan dengan Lisa Surihani, baru-baru ini setelah menduda lebih lima tahun.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN @ MynewsHub


SBPA: CUEPACS nasihat penjawat awam tunggu keputusan kongres



KOTA BAHARU 11 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menasihatkan kira-kira 1.4 juta penjawat awam agar menunggu keputusan kongres khas kesatuan minggu depan, sebelum menerima Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana kongres yang akan diadakan selama tiga hari bermula Rabu itu, akan meneliti dan membincangkan secara terperinci semua aspek dalam SBPA.

"Kita memang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi kita tidak boleh membuat keputusan kerana kita mahu mendengar semua pendapat penjawat awam termasuk semua wakil gred dalam perkhidmatan mengenai skim baru itu.

"Kita akan buat keputusan bersama. Kalau yang kurang di mana mahu tambah, kalau mahu kaji yang mana mahu dikaji semula,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden CUEPACS, di sini hari ini. - Bernama..




Amanat Ketua Pengarah Perkidmatan Awam (KPPA) berkaitan SBPA

 Assalamualaikum wbt
Sedikit maklumat tentang amanat Ketua Pengarah perkhidmatan awam berkaitan skim baru yang dinantikan oleh kita semua...sila baca
Menarik di sini
     Saya telah menjelaskan dalam program Selamat Pagi 1Malaysia pagi tadi bahawa SBPA adalah langkah pertama dibawah Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) kearah kecemerlangan Perkhidmatan Awam. SBPA bukan pelarasan gaji yang diberi dalam bentuk peratusan secara one-off. SBPA adalah penyusunan semula gred gaji untuk mengatasi anamoli dan juga membuka peluang kepada semua PA mendapat kenaikan gaji yang sudah tentunya akan memberi faedah yang lebih baik semasa bersara kelak.

    2. Walau pun terdapat perubahan kepada skim-skim tertentu tetapi adalah bagi tujuan untuk mempastikan skim yang ada masih relevan. Jika tidak sebab itulah skim berkenaan dijumudkan.

    3. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan akan dibuat selepas pelaksanaan SBPA bilamana kajian keatas keperluan tred-tred dalam Perkhidmatan Awam selesai.

    4. Buat masa ini SBPA masih lagi berasaskan kepada syarat lantikan minimum kedalam sesuatu skim perkhidmatan sepertimana yang ditetapkan dibawah SSM.

    5. Dibawah SSM syarat lantikan minimum skim perkhidmatan Juruteknik Komputer gred F17, 22, 26 adalah SPM manakala calon lulusan Sijil Politeknik diberi gaji permulaan yang lebih tinggi. Dibawah SBPA Juruteknik Komputer diletakkan dibawah kelompok berkelayakan SPM dengan gred FT4-1, 4-2, 4-3. Manakala calon yang berkelulusan Sijil Politeknik menikmati gaji permulaan yang lebih tinggi iaitu T4. Syarat lantikan ke skim perkhidmatan Juruteknik Komputer diperingkat SPM masih lagi relevan. Semakan dengan SPA mendapati calon yang dilantik antara tahun 2008-2010 dibawah skim ini adalah:
    Tahun SPM Sijil Politeknik
    2008 705 743
    2009 988 997
    2010 279 292

    6. Prinsip ini samalah juga turut digunapakai bagi skim-skim perkhidmatan lain seperti PT(Kew), Pemeriksa Kereta Motor, Pembantu Penyediaan Makanan, Pembantu Akauntan dan lain-lain.

    7. Berbeza dengan skim perkhidmatan Juruteknik gred J17, 22, 26 dimana syarat lantikannya adalah Sijil Politeknik. Ini adalah anamoli yang dimaksudkan. Oleh itu dibawah SBPA anamoli ini diperbetulkan dan perkhidmatan Juruteknik digredkan semula sebagai J3-1, 3-2, 3-3 dengan syarat lantikan minimum Sijil Politeknik dan penetapan gaji permulaan T1.

    8. Berhubung dengan PA yang memasuki perkhidmatan dengan kelayakan minimum SPM, Sijil Politeknik, STPM dan Diploma yang kini memiliki ijazah dan memohon untuk ditukarlantik sebagai P&P kajian terperinci sedang dijalankan kerana jawatan P&P sedia ada amatlah terhad. Kaedah seperti pencatuman dan peningkatan bidang tugas jawatan yang syarat lantikannya Diploma/STPM adalah diantara langkah untuk menambah bilangan jawatan P&P bagi membolehkan mereka yang berkenaan ditukarlantik.

    Saya berharap Penjawat Awam yang terlibat memahami prinsip-prinsip perkhidmatan yang saya nyatakan ini.

    Selamat majujaya untuk masadepan kerjaya PA.
    Sumber:Facebook 

    IKLAN 3