IKLAN

Khamis, 26 Januari 2012

3 golongan kesyurga tetapi tersungkur ke dalam neraka

Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka… Nauzubillah…




1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “

Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..”Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya,“Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”

Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang suka bersedekah.Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”

Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “

Sekali lagi ALLAH menjawab,“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.”Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azabsiksanya.

Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.

Marilah bersama kita fikir dan renungkan sama ada perbuatan kita, amalan kita pada hari ini, adalah demi mendapat redha hamba atau redha dari ALLAH, dan jika terselit walau sezarah pun niat ingin riak dan bermegah dengan perbuatan kita, sebaiknya kita bertaubat dan berdoa agar kita dijauhkan darinya, kerana ia mungkin satu hari nanti menjadi penghalang kita dari mencapai Syurga yang abadi.

sumber:facebook HELIZA HELMI


Sekian terima kasih

Isnin, 23 Januari 2012

UAI menjawab .... Episod 1

Berdasarkan Buku Anda Bertanya UAI menjawab permasalahan semasa
Penulis:Ahmad Badrul Hisam b. A. Razak



Soalan 1:Bolehkan menggunakan botol arak untuk mengisi air minuman mineral?
Jawapan:Harus menggunakan botol arak bagi mengisi air atau bahan lain dengan syarat  botol itu dibasuh terlebih dahulu sehingga bersih.manakala label arak yang ada pada luar botol itu perlu di buang atau ditutup supaya perkara yang diharamkan oleh agama tidak tersebar
Soalan 2:Tersentuh jaket kulit kawan yang diperbuat daripa kulit khinzir...tangan sudah disamak.. adakah perlu menyamak baju yang tersentuh jaket tadi
 Jawapan:Sekiranya jaket atau tangan orang yang memegang kering, tidak perlu membasuh tangan atau pakaian yang terkena....Sebaliknya jika tangan atau jaket basah maka wajib samak. Cara samak basuh tangan dengan air tanah sekali dan air bersih 6 kali
 Sila dapatkan buku ini di pasaran untuk rujukan.... memang best tak rugi memiliknya...harga hanya rm15.00 sahaja

sekian terima kasih

Ahad, 22 Januari 2012

KISAH ALQURAN DAN GADIS BERBANGSA CINA

Assalamualaikum wbt.

Ni hao ma? hen hao?.... Sempena CNY neh saya teringat sebuah kisah benar.Kisah ini di kongsikan daripada seorang USTAZAH iaitu teman baik saya semasa saya menjadi GURU SANDARAN... lebih kurangnya saya dapat cerita ini pada tahun 2001. Lama dah kan? but cerita itu masih segar diingatan saya... SO, apa kata saya share ngan semua..... kawan2 nak tahu dak ceritanya?

emma maembong


Jom Layan ~(-__-)


Kisah ini berlaku di salah sebuah Universiti awam  lewat 90-an.terdapat seorang gadis muslim  berkongsi bilik bersama seorang gadis berbangsa cina.... wokayyyy... Si gadis muslim ni jenis suka sangat mendengar alunan AL QURAN melalui kaset yang dibelinya...kiranya dia ada banyak koleksi bacaan AL QURAN... roomate dia pun tak kisah sebab dah biasa dengan suasana tuh...

Alkisahnya suatu hari gadis muslim ini meninggal dunia .So kaset2 si gadis ni masih tertinggal dalam asrama tersebut.nak tahu tak apa yang si gadis cina itu buat dengan kaset berkenaan? cer teka? adakah dia buang? atau dia sedekah kepada orang lain atau dia biarkan begitu sahaja kaset2 berkenaan?


ustaz azhar idrus


Jawapannya ialah... gadis cina itu terus melakukan rutin harian iaitu terus mendengar kaset berkenaan kerana dia sudah biasa mendengarnya...

hari bertemu hari,minggu bertemu minggu dan bulan bertemu bulan seterusnya tahun bertahun ... maka gadis cina berkenaan keluar dari universiti dan mulalah bekerja... beberapa tahun dia bekerja dia mencapai kejayaaan yang sangat luar biasa...

Dia telah ditemu ramah oleh wartawan dan bertanyakan tentang rahsia kejayaannya yang luar biasa itu... nak tahu kenapa apa jawapannya?
katanya 
.
.
.
.
.
"Rahsia kejayaan saya ialah kerana saya sering mendengar AL QURAN yang ditinggalkan oleh kawan saya yang sudah meninggal dunia, saya mendengar ALQURAN tersebut sejak saya belajar sehinggalah hari ini.... sekiranya saya tidak mendengarnya sehari hati saya menjadi tidak tenang kerana saya sudah biasa mendengarnya"

MasyaALLAH



Moral of the story... wahai sahabat2 sekelian... seorang yang tidak menganut islam hanya mendengarnya malah dia tidak memahami apa2 maksudpun dari alunan AL QURAN tersebut masih di beri RAHMAT oleh ALLAH dengan kejayaan dunia... Apatah kita yang memang seorang ISLAM dan dituntut sentiasa membaca AL QURAN... 

Kalau korang tiada masa membacanya kerana alasan sibukpun korang masih ada pilihan untuk mendengarnya... cama tuh? ha~ apa kata beli CD dan buka dalam kereta setiap kali korang pergi dan pulang kerja.... hasilnya korang takkan mampu berenggang dengan SUARA ALUNAN alquran kerana ia sangat mempersonakan... korang tau kan AL QURAN adalah komunikasi ALLAH dengan KITA... ALLAH nak sampaikan amanat, pesanan, amaran, nasihat dan segalanya di sini... sayangkan kalau kita tidak mendengar AMANAT yang ALLAH kasi kat kita...

So, apa kata korang mulakan dengan langkah pertama dengan memberi CD ALQURAN yang hanya berharga RM5-10.00 sahaja... but kesannya sangat menakjubkan...
jom mulakan sekarang

rosmah

Semoga dari kisah ini, dapat menyedarkan kita bahawa AL QURAN adalah KEJAIBAN DUNIA... bakal membawa kejayaan kepada kita di dunia dan pastinya menanti KITA DIAKHIRAT wallahualam

Sekian Terima Kasih



IKLAN 3