IKLAN

Selasa, 31 Julai 2012

Lagi hadiah daripada MR NUFFNANG

Assalamualaikum salam ramadhan kepada satu dunia :)

Whats up what up sahabat2? dah lama saya tulis entry ni untuk saya dedikasikan kepada www.nuffnang.com ..tapi gagal menyudahkannya dek kerana masa mencumburui saya  -_-    ewahhhhh~

to the point terusssss..... sepanjang tahun ni banyak hadiah daripada MR NUFF yang saya dapat... tak caya?

tengok ni haaaaa~

(",)



Alhamdulillah sejak Mac 2012 blog saya terus dihujani dengan BE daripada MR NUFF hinggalah hari ni... may b tak lama lagi habis kot <(-_-)?

Dikesempatan ini saya nak ucapkan berjuta terima kasih kepada NUFF kerana walaupun blog saya taraf cikai tapi mereka masih mahu memberi peluang untuk saya terus menerima BE...syukran jazalan


Sekian

Isnin, 30 Julai 2012

Menjamu orang ketika berbuka puasa

Assalamualaikum wbt

Anda semua nak pahala xtra tak? So petang ni beli makanan kat bazar atau lagi best masak sendiri.....round la dekat2 kawasan kejiranan korang..lepas tu tanya2 la orang...kat mana rumah rumah fakir miskin/orang yang dalam kesusahan, 
lepas tu beri makanan tersebut dengan penuh keikhlasan dan INSYAALLAH ALLAH akan menyediakan sesuatu untuk kita padang mahsyar kelak...
 disamping anda semua tidaklah membazir makanan dan mengeratkan sillaturrahim dengan mereka




Bayangkan kalau makanan tu kita berikan kepada kanak2 miskin...agak2 apa riak wajahnya? tentu dia tersenyum maniskan..Apa pula perasaan kita? tentu terasa insaf akan kebesaran ALLAH mengurniakan kita rezeki sehingga boleh kita berkongsi dengan orang lain



Antara amal kebajikan yang mendapat ganjaran besar dalam Islam ialah memberi makan kepada orang Islam yang lain. Dan ganjaran ini berlipat-kali ganda apabila orang yang diberi makan itu ialah orang-orang yang lapar dan berpuasa






Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)


Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.






Nak tak air dari telaga ALLAH? Nak tak hilang dahaga ketika dipadang mahsyar?


Ruginya kalau kita tak ambil kesempatan ni...
Wallahualam

Kesan Rumah Hijau yang merosakkan bumi


 Assalamualaikum wbt.
Baru baru ni saya terbaca mengenai kesan rumah hijau.Apa dia Kesan rumah hijau.....
jom cekidaut
 
  • Satu fenomena yang berlaku kerana pencemaran udara. 
  •  Berlaku kerana pemerangkapan haba oleh gas-gas rumah hijau. 
  • Antara beberapa jenis gas rumah hijau yang biasa didapati ialah karbon dioksida, sulfur dioksida dan oksida nitrogen.
Sejarah kesan rumah hijau bermula pada zaman Revolusi Perindustrian. Pada zaman inilah manusia mula menggunakan bahan api fosil secara meluas. Ini menyebabkan kandungan karbon dioksida bertambah.

Gas-gas ini akan bertindak seperti selimut yang membenarkan haba masuk kemudian akan memerangkap haba ini. Haba yang terperangkap inilah yang akan meningkatkan suhu pada permukaan bumi.
Kesan rumah hijau mengakibatkan :
a) Kenaikan paras laut
  • Misalnya kenaikan paras laut di Artik dan Antartika yang disebabkan oleh pencairan ketulan-ketulan ais menyebabkan kejadian banjir di kejadian banjir di kawasan persisiran pantai seperti yang berlaku di bandar-bandar persisiran Bangladesh.
  • Pelimpahan masuk air laut ke kawasan pertanian dan meninggikan saliniti (kemasinan) tanah. Ini menjadikannya kurang sesuai untuk pertanian.
 

b) Perubahan iklim
  • Perubahan arah angin dan arus menyebabkan bencana alam seperti ribut dan taufan.
  • Kejadian iklim ekstrim di mana kemarau dan banjir berlaku dengan tidak diduga seperti di Africa. Ini mengurangkan penghasilan hutan dan pertanian.
  • Perubahan taburan hujan dan sumber air yang menyukarkan keboleh dapatan air tawar. Ini membawa masalah kepada pertanian dan penghutanan.

c) Kesihatan manusia terganggu
  • -Perubahan suhu boleh menyebabkan 'heatwave' di beberapa tempat dan penduduk kawasan terutamanya penduduk tua boleh mengalami 'heatstroke'.
  • Kekurangan air tawar dan kejadian banjir boleh menyebabkan air yang digunakan tercemar dan seterusnya mengakibatkan penyakit seperti cirit-birit.


Apa kata kita mulai memelihara kesejahteraan bumi kita dengan beberapa langkah mudah.Antaranya dengan kitar semula bahan,guna semula bahan,jimat tenaga elektrik,bawa beg plastik sendiri apabila ingin shopping,jangan bakar sampah2..... sebaik baiknya tanam sampah2 tersebut,,, dan yang paling mudah jom tanam sebanyak-banyaknya pokok2 disekitar kediaman kita agar keseimbangan alam kembali semula

so gerak sekarang.... semoga anak cucu kita masih dapat merasai keindahan alam ini pada suatu hari nanti....amin


Wasalam

IKLAN 3