IKLAN

Khamis, 25 Julai 2013

Kisah di sebalik pembinaan Kaabah di Kota Mekah


 Assalamualaikum wbt

Mekah adalah destinasi tumpuan setiap kali menjelang musim haji.Perkara yang menarik perhatian saya tentang Mekah dan kaabah ialah sejarah awal pembinaanya



Kaabah ialah perkataan Arab bermaksud tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran, selain turut bermakna segi empat berbentuk kiub.
Kaabah di Kota Mekah tidak sahaja disifatkan sebagai rumah ibadat pertama malah dikatakan binaan pertama dibina di muka bumi ini, iaitu sejak zaman Nabi Adam a.s lagi.


Mungkin sesuai dengan antara gelaran lain yang diberikan kepada Kaabah, iaitu Baitul Ateeq yang bermakna paling awal atau paling lama (Kaabah juga digelar Baitul Haram yang bermakna Rumah yang dihormati).

Dikatakan Allah telah memerintahkan Nabi Adam supaya mendirikan sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul Makmur di langit.
Itulah keistimewaan Kaabah yang kekal sehingga ke hari ini apabila mempunyai kedudukan yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit.


Menurut riwayat Ibnu Abbas, 

Rasulullah s.a.w menyebut Kota Mekah dipilih sebagai tempat binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.Baitul Makmur merupakan tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.
Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan untuk menghabiskan satu tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari Kiamat.
Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.

Dikatakan ketika Nabi Ibrahim dalam usia yang lewat, baginda diperintahkan oleh Allah untuk membina Kaabah dengan bantuan putera baginda Nabi Ismail.

Selasa, 23 Julai 2013

Isteri-Isteri Rasulullah saw

 Assalamualaikum wbt

Sekian lama saya tidak mengupdate blog Tebu Manis.Serius sibuk dan kalut dengan tugasan ditempat kerja menghadkan masa saya untuk membelek Blog malah laptop pun tak sempat saya on. By the way hari ni saya terfikir tentang majalah yang saya baca berkisar tentang isteri2 Rasul kita.Ramai yang salah faham kenapa Rasul kita ada banyak isteri.

 Jadi harapan saya agar selepas membaca artikel ini kita akan memahami atas dasar apa Rasulullah mengahwini wanita2 mulia ini.
Mereka hebat iman dan akhlak dizaman mereka dan mungkin dikalangan kita juga tak mampu menandingi keimanan mereka kepada Allah.^_^





1. Siti Khadijah binti Khuwailid.
Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah. 


  2. Saudah binti Zam'ah.
Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.


3. Aisyah binti Abu Bakar.
Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

 

Jumaat, 19 April 2013

TAKI TAKAZAWA:TUKANG TATOO MENJADI IMAM MASJID DI JEPUN


 ASSALAMUALAIKUM WBT




Dilihat dari namanya saja, sudah dapat diketahui bahwa ia adalah seorang yang berbangsa Jepun.Dengan ciri khas rambut panjang dan tubuh penuh tatu, membuatnya tampak mirip dengan anggota geng mafia Jepun, Yakuza.Dia memang mantan tukang tatu para anggota geng paling ditakuti di negara Matahari Terbit itu. Dan bukan main, pekerjaan ‘tukang tatu’ itu telah ia jalani selama 20 tahun.
 

Tapi pandangan negatif pada penampilan fisiknya itu berubah saat dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam sebuah masjid di Ibukota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimah Syahadah, Takazawa mencantumkan nama Muslim Abdullah, yang bererti hamba Allah SWT.

Perkenalannya dengan Islam secara tidak sengaja terjadi di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban berwarna suci. “Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,”Kalimat itu ternyata Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusanNya.

Meski tak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelumnya Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.Pertemuan dengan orang serba putih itu membekas di ingatan Takazawa. Dua tahun setelah memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan sosok inspirasinya itu.

“Ternyata dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya,” katanya.Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di wilayah Shinjuku. Sebelumnya, dia melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Makkah. Nama Takazawa menjadi terkenal lantaran dia menjadi satu di antara lima imam Masjid besar di Jepun.

Baarakallahufikum ....

Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...





* foto Abdullah/Takazawa yang memakai Tongkat.

IKLAN 3