IKLAN

Selasa, 27 September 2011

BARAH episod 2

 Assalamualaikum

Lets continue about cancer

Jenis-jenis barah
Barah dikelaskan mengikut dari mana datangnya sel-sel barah ini iaitu:
  • Karsinoma – dari permukaan tubuh seperti kulit, perut, pundi air kencing, rahim, prostat, usus kecil dan besar, dubur, buah dada dan salur benih. 
  • Sarkoma – dari struktur dalam tubuh seperti tulang, otot-otot dan lemak. 
  • Lymphoma – dari kelenjar lymph
    • Leukemia – dari sel darah putih.

    Ketumbuhan
    Tidak semua ketumbuhan itu barah, ada yang “benign”. Jenis ini tidak merbahaya kecuali bila mengganggu fungsi organ yang terlibat. Ketumbuhan “benign” tidak merebak, ia tumbuh di dalam kelongsongnya dan dalam tisu-tisu yang normal. Ketumbuhan “malignant” merbahaya kerana ia terdiri dari sel-sel barah yang menceroboh atau tumbuh dalam tisu-tisu normal. Bukan itu sahaja, sel-sel dari ketumbuhan ini malahan bercerai dan merebak ke seluruh anggota mangsanya hingga mengakibatkan kematian mangsanya.
    Ketumbuhan “benign” kelihatan seakan-akan tisu normal, percambahannya terkawal dan perubahannya lebih perlahan. Tetapi jika ketumbuhan ini berlaku pada organ yang penting seperti paru-paru, kesihatan mangsanya akan terjejas. Ketumbuhan “benign” perlu dikeluarkan melalui pembedahan.

    Asal-usul barah
    Sel barah bermula dari sel-sel normal dalam tubuh. Hanya satu sel sahaja diperlukan untuk mencetus ketumbuhan barah. Proses perubahan dari sel normal menjadi sel barah berlaku secara sangat perlahan dan berperingkat-peringkat serta memakan masa bertahun-tahun. Pada setiap peringkat, sel-sel ini menjadi bertambah tidak normal bentuknya dan kian kurang terkawal.
    Proses ini tidak menimbulkan apa-apa tanda atau kesakitan sehinggalah barah terjadi. Tetapi dalam sesetengah keadaan, seperti barah pangkal rahim, perubahan ini boleh dikesan melalui ujian seperti pap smear.


    Cara barah membiak
    Sel barah berupaya merebak hingga menjadikannya sangat merbahaya. Sel ini merebak dengan teratur bermula dari tisu-tisu di sekelilingnya. Kemudian sel-sel ini bercerai dan terkandung dalam cairan tisu tubuh, seterusnya masuk ke dalam saluran lymphatik dan ke dalam kelenjar-kelenjarnya. Dari sini sel barah menembus masuk ke dalam saluran darah.
    Fungsi kelenjar lymp adalah menapis keluar sel-sel yang mati dan jangkitan. Sel barah lazimnya terperangkap di dalam kelenjar yang paling hampir dengan tempat barah terjadi. Sel-sel ini akan mati, tetapi lambat laun satu darinya akan mula bercambah dan mengakibatkan ketumbuhan kedua. Dari sini sel-sel itu akan merebak ke dalam saluran darah dan dibawa keseluruh tubuh mangsanya.

    Mengapa barah terjadi?
    Sebab terjadinya barah tidak diketahui, tetapi barah didapati biasa terjadi apabila seseorang itu sudah meningkat tua. Bertambahnya bilangan pesakit barah adalah disebabkan dewasa ini kita hidup lebih lama dari dulu. Satu teori lain pula mengatakan bahawa tubuh kita memang mengeluarkan sel-sel yang tidak normal, tetapi biasanya ia boleh dimusnahkan secara semulajadi. Namun begitu terdapat pada mangsa barah, sebilangan sel yang berupaya untuk terus hidup hingga mengakibatkan barah.
    Ada juga barah yang diwarisi seperti barah mata (retina). Barah buah dada juga dikatakan ada kaitan dengan warisan untuk sesetengah mangsa.
    Kebanyakan barah dipercayai berlaku akibat dari kemasukan sesuatu dari persekitaran seperti yang terbukti dari radiasi, kimia tertentu atau bahan-bahan lain. Cahaya ultra-ungu dari matahari juga boleh mengakibatkan barah. Bahan-bahan yang dimasukkan dalam makanan, ubat-ubatan dan tembakau juga boleh mengakibatkan barah.

    bersambung *****

    Tiada ulasan:

    IKLAN 3