IKLAN

Jumaat, 14 Oktober 2011

BERITA BAIK UNTUK PEMINJAM PTPTN

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Seramai 55,546 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memilih untuk menukar pinjaman pendidikan mereka kepada sistem pinjaman Islam atau Ujrah sehingga September lepas.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, berdasarkan rekod PTPTN, peminjam mengembalikan dokumen perjanjian mereka dalam tempoh tiga bulan selepas tawaran Ujrah diberi manakala seramai 130,267 peminjam masih dalam proses semakan.
"Pembiayaan pendidikan kaedah Ujrah yang menawarkan upah satu peratus setahun atas kadar rata berkuatkuasa 2008 adalah kaedah pembiayaan berlandaskan prinsip syariah bertujuan mengurangkan beban peminjam,” katanya ketika menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini. - Bernama

Baguslah kuranglah sikit beban peminjam..

thanks utusan

Tiada ulasan:

IKLAN 3