IKLAN

Jumaat, 14 Oktober 2011

Kedutaan besar Malaysia di Jakarta terus jadi sasaran demonstrasi

JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terus menjadi sasaran demonstrasi oleh kumpulan penduduk Indonesia berhubung isu sempadan Malaysia-Indonesia hari ini oleh kumpulan Laskar Merah Putih (LMP).

Kira-kira 70 anggota LMP yang berpakaian seragam celoreng mengadakan tunjuk perasaan selama satu setengah jam dengan membawa sepanduk dan berucap mengecam Malaysia, yang didakwa telah
mengambil secara haram lebih 1,000 hektar tanah di Kalimantan Barat, yang bersempadan dengan Sarawak.

Anggota polis yang berkawal di depan bangunan kedutaan besar itu telah menghalang mereka daripada memasang bendera di pintu pagar dan menyekat kumpulan itu daripada mendekati pintu pagar.

Sebelum bersurai, kumpulan yang dipimpin oleh Adek Erfil Manurung itu menyerahkan nota pernyataan pendirian mereka kepada seorang kakitangan di pos pengawal kedutaan itu dan mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu lagi demonstrasi berskala besar di situ pada 28 Okt ini. - Bernama

Terima kasih metro

Tiada ulasan:

IKLAN 3