IKLAN

Ahad, 16 Oktober 2011

Pengantin Palestin VS Pengantin Malaysia


Semoga bingkisan ini dapat menyedarkan kita erti perkahwinan dan perjuangan kita pada ISLAM


Aida al-Qaddumi, 22 tahun, anak Palestin berkahwin minggu ini selepas beberapa minggu Gaza diserang tentera Yahudi. Tiada keraian, tiada majlis resepsi, tiada tajaan astro untuk perkahwinannya
."Saya kehilangan abang dan beberapa sepupu. Kebanyakan keluarga kehilangan anak," Katanya.

Perkahwinan beliau adalah semata-mata untuk menambahkan bilangan 'pejuang' dan hanya mahukan beliau mati sebagai seorang 'syahid' di Israel.

Manakala, pengantin lelaki, Fadel al-Ghul, yang juga adik Menteri Kehakiman Hamas  menjemput beliau beberapa jam selepas itu.

Di salun, Aida ditemani rakannya yang bertudung litup dari kepada hingga hujung kaki yang hanya duduk di satu sudut. Pengantin perempuan mengenakan gaun labuh dihiasi labuci perak dengan wajahnya ditutup.


Ketika ditanya impian kehidupan beliau, Aida hanya berkata:
"Kehidupan saya di tangan Tuhan." Bagaimanapun setiap kali menyebut Israel, wanita itu meninggikan suaranya. "Mereka adalah pembohong. Tiada senjata di masjid atau sekolah, tetapi mereka masih mengebom di sana. Mereka membunuh kanak-kanak. Seluruh dunia melihat gambar, tetapi langsung tidak berbuat apa-apa," katanya.


Aida berkata,
anak beliau akan dibesarkan untuk menghormati Islam dan diajar dengan cara berkenaan supaya dapat memasuki syurga dengan mudah.
"Saya mahukan anak saya menjadi pejuang di jalan Allah. Jika saya diberi peluang, saya akan mati ketika satu operasi di Israel,
" katanya.

Fadel, 35, tiba tidak lama selepas itu memakai sepasang sut gelap. Beliau bekerja selama beberapa tahun dengan sebuah pertubuhan kebajikan utama yang ditubuhkan oleh pengasas Hamas, Sheikh Ahmed Yassin pada 1970-an.

Menentang Israel adalah satu tugas, kata Fadel. "Kami tinggal di tanah kami, tanah yang dipenuhi pejuang. Mereka mahu membunuh kami tetapi kami akan bunuh mereka terlebih dulu. "Ketika operasi mereka akan memusnahkan bangunan, masjid dan rumah tetapi mereka tidak akan dapat memusnahkan kumpulan yang membawa penentangan.

Komentar:

1. Tujuan perkahwinan yang cukup berbeza di antara penduduk Palestin dan penduduk Malaysia.

2. Perkahwinan yang diberkati ialah yang murah dan mudah, bukannya penuh pembaziran yang digemari syaitan.

3. Wanita Palestin lahirkan pejuang. Wanita Melayu .................

4. Suasana sekeliling membentuk jiwa kental seorang wanita Palestin, berbanding suasana mewah dan penuh hiburan di Malaysia membentuk jiwa kantoi wanita Melayu.


5. Jihad di bumi Palestin tak akan padam sehingga Nabi Isa turun membunuh Dajjal (Yahudi menjadi pengikutnya paling ramai)

6. Ribuan yang dibunuh, ribuan pula akan lahir insyaAllah meneruskan jihad.a



Sekian

4 ulasan:

ZORA berkata...

nak cri bini palestin la kalo cmni..huhuhu

Ayie Abas berkata...

dlm apa pun keadaan ada 'keindahan' yg tersembunyi. kata org ADA HIKMAT di sebalik apa yg berlaku.

Ayien Ocaca berkata...

tak takut ke nanti tersalah kawen...
mane kite nak tahu popuan tu betul2 isteri die...

tapi siez...tabik wanita palestin...kuat !!!

Nurul Ashikin berkata...

zora,ayie,ayien:susah nak cari wanita baik sekarang

IKLAN 3