IKLAN

Jumaat, 4 November 2011

KHAIRUL FAHMI DITEGUR

KOTA BHARU: Biarpun mendakwa dirinya tidak mengambil minuman keras tetapi penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih dikenali sebagai Apek, perlu mengelak daripada mengunjungi tempat berkenaan kerana tindakannya ke situ turut dikira bersubahat.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed, berkata orang Islam wajar mengelak menghadiri majlis yang menyediakan benda haram seperti arak.

“Perumpamaannya mudah dan diibaratkan seperti kita ke tempat menjual minyak wangi. Badan kita sudah tentu berbau harum kerana minyak wangi dan begitu jugalah situasinya jika berada di majlis yang menyediakan minuman keras.

“Dalam isu ini, penjaga kol itu seharusnya mengelak daripada menghadiri majlis berkenaan kerana memang ada benda terlarang (haram) disediakan dan boleh bersubahat berada dalam keramaian yang menyediakannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas mengenai perkara itu, Mohamad Shukri berkata orang Islam yang tidak mengetahui majlis dihadiri itu menyediakan minuman keras tidak dikira bersubahat, tetapi dianggap sebaliknya jika perkara itu diketahuinya terlebih dulu.

Sumber : Hmetro

3 ulasan:

Pondok Usang berkata...

setiap insan ade melakukan kesilapan.. yg penting kita terima teguran..=)

♥ Nana BamBam ♥ berkata...

walau x minum pon kira subahat la jugak bila kedai tuh jual arak..

Nurul Ashikin berkata...

moral of the story... kadang2 lelaki akan buang wanita yang baik demi wanita yang cantik...maklumlah tengah popular~ apa kelas wanita kelas pertengahan nikan

IKLAN 3