IKLAN

Rabu, 16 November 2011

Mastura Tewas -Mee maggi gagal menyelamatkannya

 Nota tuan Blog:Sedihnya mastura kecundang.... bagi saya mastura sentiasa bermotivasi tinggi dan boleh pergi jauh lagi


16 Nov 2011 - Hidangan berasaskan Maggi Mi taruhan Mastura Talib, seorang suri rumah dari Cheras tidak menyebelahinya kali ini. Setelah 3 kali terselamat dalam pusingan penyingkiran, kali ke-4 ke pusingan penyingkiran telah menyaksikan dirinya tersingkir.



Dalam pusingan penyingkiran kali ini, 5 peserta daripada kumpulan Biru iaitu Zahin, Mastura, Deena, Shahriah dan Zamir dikehendaki menyediakan satu hidangan dalam masa 20 minit menggunakan 1 bahan utama dan 7 bahan sampingan. Bahan utama yang perlu mereka gunakan adalah Mi Maggi Perasa Kari. Mereka perlu menggunakan mi dan perencah yang disediakan dalam hidangan.


Mi Maggi merupakan hidangan yang sangat biasa dimasak oleh rakyat Malaysia. Mi segera ini amat mudah disediakan, hanya 2 minit sahaja. Namun dalam cabaran kali ini, mereka perlu menyediakan hidangan 5 bintang menggunakan bahan utama ini. Hidangan tersebut perlulah kreatif dan menarik dari segi persembahan dan mempunyai rasa yang juga bertaraf 5 bintang.


Setelah 20 minit berlalu, seorang demi seorang dipanggil bersama hidangan masing-masing untuk dinilai oleh juri. Zamir dengan Maggi Aglio Olio dan Sos Rempah Kari, Mastura menyediakan Maggi bersama Sos Tomato dan Udang, Deena pula tampil dengan Maggi Diana, Zahin menghidangkan Salad Maggi Mediterranean dan Parmesan Kari dan Shahriah mennyediakan hidangan Maggi Kari Bergulung Kasihku.

Semasa penilaian dilakukan, didapati Mastura telah melakukan kesilapan dengan tidak menggunakan perencah kari Maggi dalam masakannya, menyebabkan dirinya tersingkir. Deena yang tidak menggunakan Pin Kebal hampir tersingkir dalam pusingan ini, namun telah terselamat.

Inilah menu Mastura



Kalau korang nak cuba resepi ni silakan klik sini


sumber:masterchef oficial web

Tiada ulasan:

IKLAN 3