IKLAN

Khamis, 5 Mei 2011

DISIPLIN PELAJAR, DI MANA SILAPNYA?

 Diantara faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan pelajar ialah rumah,persekitaran, rakan sebaya dan media massa namun faktor yang terpenting ialah ibu bapa

Ibu bapa zaman kini kebanyakannya mempunyai kerjaya masing-masing.Kuantiti masa mereka adalah  sangat terhad.Ada yang hanya dapat bertemu dengan anak mereka pada waktu malam sahaja.Jadi kanak-kanak tersebut membesar tanpa kawalan dari ibu bapa. Mereka bebas membuat keputusan tentang apa yang mereka ingin lakukan tanpa perlu merujuk kepada kebenaran ibu bapa masing -masing. Antara aktiviti popular yang menjadi pilihan kanak-kanak ialah bermain video game,play station, melayari internet dan berkawan dengan sesiapa sahaja yang mereka inginkan.Aktiviti tersebut akan membentuk sikap mereka pada masa akan datang

.Mereka akan menjadi orang yang agresif,suka berkhayal, nakal,dan menjadi kanak-kanak yang suka memberontak.Kebiasaannya sikap mereka yang suka memberontak diterjemahkan melalui perlakuan agresif mereka di sekolah.Ini adalah kerana di sekolah terdapat ramai kawan-kawan dan mereka boleh menunjukkan kehebatan meraka dihadapan kawan-kawan.Diantara pelajar yang menjadi mangsa tunjuk perasaan mereka ialah kanak-kanak yang lemah dan tidak melawan.Dia akan menjadi bahan untuk dibuli .

Menurut pemerhatian saya kanak-kanak tersebut juga gemar merosakkan peralatan sekolah contohnya merosakkan kerusi meja, menendang pintu, merosakkan pasu,meletakkan cap tapak kasut pada simen dan lain -lain lagi

Perbuatan kanak-kanak sekolah rendah yang saya tidak dapat bendung ialah membuang sampah di dalam bilik darjah.Bilik darjah mereka dijadikan tapak pembuangan sampah.Buku-buku latihan dikoyak dan dijadikan kapal terbang kertas dan ada yang sengaja menconteng dan kemudian menabur kertas-kertas tersebut di merata pelusuk kelas.

Pendek kata sikap kanak-kanak tersebut adalah kerana keinginan mereka melakukan perkara-perkara baru tanpa memperdulikan kesan kepada orang lain







Rabu, 4 Mei 2011

Permasalahan Pelajar

Saya hanya dapat menghabiskan tugasan pada pukul 5 petang untuk pulang ke rumah..... hari yang sangat sibuk..... walaupun kelas hanyalah 2 jam namun Guru Besar telah mengadakan mesyuarat selama 1 jam. Banyak permasalahan yang dikupas .Semuanya adalah berkaitan dengan masalah disiplin pelajar.... bermula dengan punca.... apa yang berlaku... diikuti dengan bagaimana cara menangani masalah.. semua cuba diselesaikan bersama dalam mesyuarat yang diadakan......

Kebisingan, kenakalan, sikap pelajar yang suka membuang sampah merata-rata merupa antara isu yang kami fikirkan puncanya.setelah berkali-kali nasihat diberi namun pelajar masih menunjukkan sikap yang  negatif...

sekiranya tiada guru maka bertambah hebat perlakuan pelajar.Semua ingin menjadi raja, hero dan segala watak yang mereka tonton di televisyen.....

Saya juga memerah otak memikirkan jalan keluar kepada masalah pelajar-pelajar ini. Adalah saya perlu mengadakan kajian tindakan... menjadikan pelajar sebagai bahan untuk saya uji ..... Saya cuba untuk menggunakan cara berhikmah dahulu ... adakah perlu rotan atau hukuman? jawapannya sudah tentu tidak.. zamab sekarang memukul hanya akan meningkatkan risiko dibenci oleh pelajar.... Jadi? bagaimana cikgu zaman dahulu walaupun merotan masih dihormati? adakah kerana zaman sudah berbeza?

otak masih ligat berfikir.......... sekiranya kelas bising.. guru tidak dapat menyampaikan isi pelajaran.................. adakah beerti saya gagal sebagai guru? saya akan cuba mencari penyelesaian kepada masalah ini....NSYAALLAH sekiranya saya temui jawapan saya akan berkongsi dengan semua ....

Selasa, 3 Mei 2011

TAKLIMAT SETIAUSAHA PEPERIKSAAN MENGENAI PBS

Assalamualaikum... how re u guys? sepanjang hari ni saya menghadiri taklimat di PSPN Perlis... taklimat yang merangkap kursus ini bertujuan mendedahkan SETIAUSAHA PEPERIKSAAN dengan cara memasukkan MARKAH pelajar berdasarkan PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH atau dikenali sebagai PBS

PBS diperkenalkan untuk menggantikan PPSMI yang bakal dimansuhkan tak lama lagi.Jadi pemarkahan adalah 40% diberi oleh guru-guru di sekolah manakala 60% lagi berdasarkan PEPERIKSAAN AWAM iaitu UPSR.Peperiksaan PMR akan dimansuhkah tetapi peperiksaan SPM masih diteruskan. So tujuan saya menghadiri taklimat itu adalah mempelajari bagaimana menguruskan pemarkahan 40% yang akan diberi kepada pelajar.Untuk tahun 2011 hanya pelajar tahun 1 terlibat kemudian tahun- tahun seterusnya kepada pelajar tahun 2 hingga 6.

Sistem yang diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan sangat mesra PENGGUNA. untuk mendaftar pelajar, saya hanya perlu memasukkan no MY KID pelajar .. maklumat lengkap akan terus dipaparkan.Ini adalah kerana sistem ini telah disambungkan dengan JABATAN PENDAFTARAN MALAYSIA..Sisitem ini saya anggap canggih dan sangat mudah digunakan.Walaupun belum menggunakan sepenuhnya namun Pihak Lembaga banyak bertanya sekiranya timbul masalah kepada kami, iaitu SETIAUSAHA PEPERIKSAAN.Bagusnya bila bekerja dengan organisasi yang sangat profesional.

Kebanyakan peserta kelihatan memahami penerangan ENCIK AZMAN iaitu pegawai dari LPM atau LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA.ucapan setinggi tahniah kepada JPN dan LPM atas usaha memartabatkan sistem pendidikan yang BERTEKNOLOGI dan UP TO DATE

IKLAN 3