IKLAN

Sabtu, 12 November 2011

KISAH SEORANG MUKMIN DAN IBLIS

  
Diceritakan bahawa pernah berlaku sekumpulan orang menyembah sebatang pokok, dan dikawasan tempat mereka tinggal itu ada seorang mukmin.Orang mukmin itu pada suatu hari datang membawa kapak untuk menebang pokok tersebut dengan niat untuk menegakkan agama tauhid.Dipertengahan jalan , orang mukmin tersebut terserempak dengan iblis yang menjelma sebagai seorang manusia .Iblis tersebut menegur, "Hendak ke mana kawan?"orang mukmin tersebut menjawab, "Aku hendak pergi menebang pokok yang disembah oleh orang." Iblis seterusnya berkata, "Sebaiknya kamu tidak perlu bersusah payah , dan sebagai imbuhannya saya sedia memberikan kamu dua dirham setiap hari yang boleh kamu terima setiap pagi di bawah bantal kamu!"


Mendengar janji iblis itu timbul dalam hati orang mukmin itu tersebut perasaan tamak sehingga niat baiknya untuk menebang pokok itu dibatalkan.Setiap pagi orang mukmin itu meraba-raba dibawah bantalnya, kalau-kalau ada wang sebagaimana yang dijanjikan.Setelah ditunggu setiap hari tiga hari berturut-turut wang itu tetap tidak ada, maka adiapun keluar dengan perasaan marah untuk menunaikan rancangannya untuk menebang pokok yang disembah orang itu.Sekali lagi iblis menghalangnya ditengah jalan sambil menegur "Hendak ke mana?" Orang mukmin itu menjawab "Kali ini aku benar-benar hendak menebang pokok itu!" Iblis menjawab, "Sebaiknya aengkau pulang sahaja . Sekiranya engkau mendekati pokok itu, akan aku kerat lehermu! Ingat! Kali pertama engkau keluar kerana benar takut kepada Allah, Maka tiada seorang pun yang sanggup jadi penghalang. Akan tetapi kali ini engkau keluar kerana didorong oleh perasaan marah akibat tidak mendapatkan wang yang dijanjikan , maka sebaiknya engkau pulang sahaja kerana engkau tidak sanggup melakukannya "

    Begitulah iblis akan sentiasa menyesatkan kita tidak kita bagaimana keadaannya.Jadi kita hendaklah istikhamah dalam apa jua perbuatan kita. Semoga jalan yang benar yang kita pilih akan mendapat Pertolongan dari Allah. Setiap perbuatan kita hendaklah kerana Allah SWT .Sekiranya sebaliknya kita hanya akan mendapat penat sahaja kerana Allah tidak akan melihat perbuatan kita.

       Pada zaman itu ramai orang yang ingin membuat amal kebajikan namun niat mereka adalah untuk mendapat nama, pujian dan sanjungan daripada masyarat atau mungkin kerana sebab-sebab tertentu yang akan menguntungkan mereka.Ingat tangan kanan memberi kita sembunyikan tangan kiri.Hanya Allah yang mengetahuinya kerana Allah adalah Maha Pemberi dan Maha mengetahui, WALLAHUALAM

Khamis, 10 November 2011

Tanda Kertas sesi Oktober November


Assalamualaikum wbt.


Sejak 4hb/11 fokus saya asik pada kertas jawapan pelajar..... tapi sedikit kecewa dengan keputusan mereka...camno nak rait ni kalau x dak yang betul?

Ni lah punca cikgu dilanda stress
Semua Vocab tu dah ajar... berkali2... berbuih2 sabun keluar melalui mulut cikgu .....  Mengulang  mengajar sampai ABM aka alat bantu mengajar  lunyai........................


20% adalah kategori yang terlalu bergantung pada cikgu~ susah tul la~

The rest boleh berfikir sendiri macam ni~


Ha cenggini dapat lah cikgu bernapas menggunakan hidung....

Apapun cikgu tu sendiri nak kena muhasabah diri~ tambah baik teknik mengajar.... maklumlah ini tahun pertama KSSR dijalankan ... ada2 saja cacat cela sana sini pada cikgu tu sendiri

Doakan saya berjaya menempuh KSSR ini dengan jayanya ya kawan2~


Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya ini ~ 

Wasalam, selamat malam

Nota kuku: ahhhh~ lega tul dah cita kat korang

Rabu, 9 November 2011

Dana Baru Menggantikan PTPTN

Assalamualaikum wbt

Menurut Kosmo PTPTN telah merancang dana baru untuk mereka yang kurang berkemampuan... 

"KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merancang penubuhan dana baharu hasil sumbangan sektor korporat dan individu untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang kurang berkemampuan.


Penubuhan dana itu adalah sebahagian daripada cadangan PTPTN untuk mengehadkan pembiayaan mereka kepada hanya menampung yuran pengajian dan bukan lagi turut melibatkan kos sara hidup pelajar mulai 2013.


Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata,

"Untuk menggalakkan sumbangan swasta, PTPTN akan mencadangkan kepada kerajaan untuk memberi pelepasan cukai kepada sektor korporat atau individu yang membantu," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Harap2 adalah pihak korporat yang sudi menyumbang...bukannya apa saya tengok ramai graduan2 sekarang terpaksa menanggung hutang PTPTN yang membebankan.. apatah lagi sesetengah daripada mereka masih tidak memiliki pekerjaan tetap... Saya juga mendengar rungutan rakan sekerja yang mengatakan kos pengurusan yang diletakkan oleh PTPTN agak tinggi.Kesiankan camno nak mulakan hidup kalau lepas grad ja.... hutang bertimbun menanti untuk di bayar~ Syukurlah sbb zaman saya dulu belum ada PTPTN ...... cuma meminjam dengan YAYASAN NEGERI KEDAH.... pinjam RM3000.00 bayar RM2400.00 ja ok dak?


Apa pendapat korang?

IKLAN 3