IKLAN

Jumaat, 16 Mac 2012

Pembuatan Al-quran di Kilang

Assalamualaikum ...betapa telitinya Al-Quran di buat di kilang ... Pasti ramai umat Islam ingin melihat bagaimana Al Quran di cetak di Kilang dan bagaimana proses itu dilakukan.














Satu info menarik  wanita tidak dibenarkan masuk dalam kilang tersebut. Semua pekerja atau pemerhati adalah hafiz, jadi untuk menjaga aurat dan untuk bg diorg tak lupa hafalan, wanita tidak dibenarkan masuk dalam kilang tu.


sumber: kawan2

Rabu, 14 Mac 2012

Bertasbihlah menggunakan 'alat' yang boleh kita bawa masuk ke kubur




bawa PERALATAN semasa datang ke DUNIA dan isikan dengan KELENGKAPAN untuk balik ke AKHIRAT...

Peralatan Tubuh badan Yg boleh diisi :
1. NAFAS - Isikan dengan Kalimah
2. ANGGOTA - Isikan Wuduk
3. HATI - Isikan dengan IMAN
4. KEPALA - Isikan dengan ILMU
5. JARI - Isikan dengan Bilangan Zikir
6. MULUT - Isikan dengan Al-Quran
7. TELINGA - Isikan dengan Kuliah
8. MATA - Isikan dengan 3 Pandangan yg dapat PAHALA
9. KAKI - Isikan dengan perjalanan ke Masjid

❝ Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakkan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati,tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. ❞ -Surah al-A'raaf :179-

Hukum memakai pendakap gigi

Assalamualaikum wbt

lamanya saya tak menulis dalam blog TEBU MANIS...kebanyakannya copy paste mana2 entry yang saya anggap akan memberi manafaat kepada kita semua.Saya harap kawan2 dan semua pembaca mendapat sedikit manafaat dari entry2 saya yang terdahulu

Alhamdulillah akhirnya Allah telah memberi saya ruang dan sedikit ilham untuk saya mencari sesuatu yang boleh saya ceritakan dan kemudian bolehlah kita fikirkan bersama2 perkara yang saya utarakan ini...INSYAALLAH

 Braces atau pendakap gigi kini sangat popular dan sudah menjadi trend bukan sahaja kepada golongan remaja malah kepada orang dewasa.Kalau kita lihat ramai telah menggunakan pendakap gigi untuk tujuan membetulkan kedudukan gigi dan mungkin juga untuk tujuan kecantikan.....Agak2 adakah kita sudah merujuk kepada ulamak2 boleh tak kita memakainya?

Ini sedikit dapatan saya mengenai hukum memakai braces dan lepas tu jom kita renung2kan apakah wajar kita menggunakan braces...kot2 pada masa depan ada dikalangan ahli keluarga kita ingin memakai braces dapatlah anda memberi nasihat kepada sipemakai tersebut.... mudah mudahan apa yang kita lakukan mendapat redha ALLAH swt

Hanya contoh

Rasulullah SAW bersabda: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya, dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening. (Al-Bukhari dan Muslim).

 Rasulullah SAW juga pernah melaknatnya, seperti tersebut dalam hadisnya:
“Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang disebut ‘al-Falaj’, iaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, agar kelihatan sedikit jarang.. Kemudian dia meletakkan sesuatu di celahan gigi itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap suatu penipuan dan berlebih-lebihan dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend’ Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik.

Hadis ini secara umumnya menjadi hujah untuk menyatakan bahawa memakai pendakap gigi adalah sesuatu yang terlarang. Namun, ilmuan Islam telah membahagikan hukum pemakaian pendakap gigi kepada dua hukum, harus dan haram.

 Jika dirujuk kepada umum hadis, ianya telah sabit keharaman sekiranya apabila ia dilakukan semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan wajah lebih menarik. Imam an-Nawawi Rahimahullah menyebutkan sebab atau ‘illah diharamkan kerana adanya unsur di atas,  khasnya kerana kecantikan. Tetapi jika dilakukan kerana keperluan perubatan,  atau terdapat cacat pada gigi atau yang seumpamanya, tidaklah mengapa. (Syarah Sahih Muslim: 7/361).

Ia akan menjadi lebih terlarang apabila ia dilakukan untuk menipu manusia lain supaya kelihatan lebih muda dan lebih cantik.  Contohnya memakai pendapat gigi agar  kelihatan lebih cantik ketika mahu meminang seorang wanita dan sebagainya. Dr. Abdullah al-Faqih dan komiti fatwanya menyatakan:  Jika seseorang melakukannya untuk menipu atau memperdaya sesiapa yang melihatnya,  samaada ia bertujuan untuk perkahwinan atau sebagainya, maka ia terlarang.Namun pemakaian pendakap gigi dihukumkan haru sekiranya ianya bertujuan selain daripada tujuan diatas.

 Hukumnya harus apabila ia dilakukan untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya, kedudukan gigi yang terlalu berbeza daripada orang ramai sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang yang melihatnya. Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata:    Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang  boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya.  Ini kerana Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran (Al-Halal wal Haram Fil Islam).

Ia juga dibenarkan untuk dilakukan apabila untuk memperbaiki kedudukan gigi yang berubah selepas berlakunya kemalangan.  Kumiti fatwa pimpinan Dr. Abdullah al-Faqih menyatakan: Tidak salah untuk memakai pendakap gigi jika ia bertujuan untuk membetulkan kedudukan gigi ketempat yang asal selepas berlakunya kemalangan (islamweb.net, fatwa no: 88719).

Ia juga dibenarkan apabila dilakukan atas sebab kesihatan, atau sebab keperluan, contohnya susunan gigi yang menyebabkan sukar untuk mengunyah makanan atau menyebabkan masalah kesihatan di dalam mulut. Syeikh Faizal al-Moulawi , Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata : Pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan.

Sebenarnya tujuan pemakaian pendakap gigi  bukan bertujuan hanya semata-mata untuk mencantikkan. Fungsi asal pendakap gigi bukan bertujuan untuk menjarangkan gigi atau mencantikkannya. Tetapi lebih kepada memudahkan fungsi gigi itu sendiri yg mungkin sebelum ini bengkang-bengkok yang memungkinkan berkumpulnya bakteria atau gigi tak tersusun yang mana mengakibatkan makanan selalu terlekat.

Antara contoh lain tujuan pemakaian pendakap gigi ialah bagi mengelakkan gigi bawah yang tergigit langi-langi yang boleh menyebabkan ulser. Begitu juga gigi yang terbuka yang boleh mempengaruhi  fungsi pengahadaman. Ada juga gigi yang berlapis sehingga berlaku ketidaksempurnaan ketika meberus gigi dan mengakibatkan masalah gusi dan bau mulut. Malah ada gigi yang kelihatan jongang yang bersangatan sehinggakan menimbulkan keaiban kepada dirinya.

Sekiranya berlaku kes-kes sedemikian, maka Islam tidak melarang mana-mana insan yang berusaha menghilangkan kecacatan dengan pemakaian pendakap gigi. Ini sesuai dengan garis panduan yang telah difatwakan oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi :

“Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya akan dapat menjijikkan pandangan, maka waktu itu tidak berdosa kepada mereka yang berbuat demikian untuk tujuan menghilangkan penyakit yang bersarang dan mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran. (Al-Mar’ah Bainal Baiti Wal Mujtama’: halaman 105)
Maka disini, hukum pemakaian pendakap gigi berkait rapat dengan niat ataupun tujuan si pemakai tersebut. Berdasarkan Qawaid fiqh: Al-Umur Bimaqasidiha (Segala sesuatu tergantung kepada tujuannya).

Sepertimana firman Allah SWT :
“Barangsiapa mengkehendakki pahala dunia Kami berikan pahala itu dan barangsiapa mengkehendaki pahala akhirat Kami berikan pahala itu. Dan Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran:145)

Juga hadis Nabi SAW yang bermaksud :
“Hanyasanya setiap amalan itu dengan niat, dan hanyasanya setiap orang akan meperolehi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya iu kepada Allah dan RasulNya….” (Bukhari dan Muslim)

Apa yang disebutkan di atas tidaklah hanya terikat pada isu memakai pendakap gigi sahaja. Bahkan ia berkait rapat dengan semua aspek untuk mencantikkan tubuh atau melakukan pembedahan keatas tubuh badan. Yang  hanya dibenarkan ialah apabila ia dilakukan untuk menghilangkan keaiban yang benar-benar mengaibkan, atau untuk kesihatan dan menghilangkan kesukaran yang timbul atas kecacatan tersebut,  ataupun ia dilakukan untuk mengembalikannya kebentuk asal kerana kecacatan tersebut timbul selepas berlakunya kemalangan.

Ada pun semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan diri lebih menarik, ia sesuatu yang terlarang. Selain daripada isu pendakap gigi,  isu-isu lain yang perlu diambil perhatian sepertimana di dalam hadis di atas ialah isu mencukur kening. Hukum asalnya adalah haram kecuali jika kening tersebut benar-benar mengaibkan seperti dua kening yang bersambung, atau pun kerana ia menganggu penglihatan contohnya bulu mata yang terlalu panjang sehingga mengganggu mata.

Ada pun semata-mata untuk kecantikan,  menipiskan, atau menjadikan diri lebih menarik, ia sesuatu yang terlarang.

Semoga ada manafaatnya kepada kita...Wallahualam

Sumber:Imam Muda Asyraf

IKLAN 3