IKLAN

Isnin, 29 Julai 2013

Wow 8Share, hanya dengan berkongsi link dapat menambahkan pendapatan anda

Assalamualaikum wbt

Hai, kawan2 blogger, hai juga kepada pembaca Tebu Manis.Saya nak ajak kawan2 semua buat duit bukan cara MLM.tak perlupun keluarkan cash atau taja orang

As simple, sharekan pada blog atau facebook atau twitter, insyaALLAH anda akan menerima wang saku daripada 8share

Ermmmm menarik juga sistem dia.setiap klik kita akan dibayar.So cubalah...ajak kawan2 join sama.. nanti bertambah besarlah wang tabungan anda

Tak rugipun. Ada yang dibayar rm0.20 manakala ada yang dibayar sehingga rm10.00... Wah ok sangatlah kira-kiranya

Apakata awak2 semua mula mencari wang tanpa bekerja sepenuh masa.Pasti menyeronokkan heeee

Berminat klik sini




Objek Dari Langit

Assalamualaikum wbt

Agak-agaknyalah dapat trending tak  Title kat atas tu? Sungguh misteri bunyinya kan.Terdapat unsur-unsur saspen sehinggakan semua makhluk asing yang bersembunyi kat Malaysia merasa bertanggung jawab atas kejadian tersebut hua hua hua


Cerita ni berlaku pada minggu sudah, Mungkin pada hari Rabu agaknya.Lepas Iftar adik datang bagitau kat saya yang cermin kereta retak.Saya bersoal jawab sekejap dengan adik "cermin mana?"... nak tahu dia jawab apa ? katanyaaaaaa ~ "ala cermin kereta depan,,, jeng jeng jeng ,Mahu biru sekejap muka saya... adalah dalam 5 minit...hewwwww.. terketaq-ketaq juga mendengar al kisah kejadian yang berlaku semasa mereka mencari juadah iftar di Pasar Ramadhan Pauh

Oh lupa cakap, Dia keluar dengan ayah,so ayahlah yang drive..... saya tak ikutpun.

Oooook Berbalik kisah saya ni.... Saya pun terus tanya "appa" ..... dia pun agak terkejut... memang dia ada dengar bunyi kuat jatuh atas kereta... tapi dia tak menyangka sampai boleh retak cermin kereta

Berkali-kali ayah bagitau dia tak sangka. saya cakap " alaaaa.... bukan sbb ayah pun...kalau orang lain yang memandupun akan jadi hal yang sama jugak".kesian ayah...... termenung sekejap

Saya dok telek2 harga tukaq cermin mungkin cecah RM1000.00.... haih seram mengingatkan duit yang nak melayang hummhhhhh  *-*

Ayah pun mula2 la survey harga kat kawan2 dia yg keja bengkel kereta... 

Kata ayah dalam RM300.00 saja.... fuhhhhh! lega... sikit

Tapikan.... ala dengan nak raya lagi.. 300.00 kira besar jugak kan...

Mohon jangan menangis ^_^

Setelah di forensik inilah hasilnya

Objek apakah? entahlah... mungkin batu atau mungkin jugak buah durian kot hew hew

BTW saya mohon pada ALLAH semuanya selamat... ada rezeki nanti dapatla saya salin cermin baru.Takpa lah inilah salah satu daripada ujian ALLAH

Redha dan senyum... hati akan rasa lebih lapang  ^_^


pstt:anak murid cakap tadi cikgu jangan marah2 nanti cepat lapar

Sekian dari cikgu Nurul yang tengah serabut ^_^

Ahad, 28 Julai 2013

Fadhilat mengamalkan surah Al-Kauthar


Assalamualaikum wbt 
Jom kita study tentang surah AL-KAUTHAR (",)


Surah Al-Kauthar ialah surah yang paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

  • Rasanya lebih manis daripada madu, 
  • warnanya pula lebih putih daripada susu 
  • dan lebih wangi daripada kasturi.



Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak saudaranya Abu Thalib.



Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-
  1. baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita. 
  2. jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokkan di leher, insyaallah hilang dahaga
  3.  jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata
  4.  jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu 
  5. jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah 
  6.  jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat
  7. jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

Wah pahala besar, pahala besar ^_^ Pendek kata rajin-rajin lah amalkan surah ini.banyak kebaikan yang boleh dapat.Tak susahpun.Mudah dihafal, pendek dan lagi Allah janjikan pelbagai manfaat kepada kita.Masih tak mau lagi? Haih ruginya


sekian berita petang ^_^


IKLAN 3